berita

‘Tiba-Tiba Rebah & Keras’- Kakak Kongsi Kisah Pemergian Adik Secara Mengejut

June 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Asilah Amanina berkongsi kisah mengenai pemergian Allahyarham adiknya yang dikenali sebagai Aqil. Menurut Asilah, pemergian adik kesayangannya itu merupakan satu berita yang sangat mengejutkan ahli keluarga kerana Aqil menunjukkan banyak perlakuan pelik sebelum tiba-tiba rebah.

Berlaku tanpa diduga

Menurut Asilah, adiknya Aqil menunjukkan perangai pelik sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia. Tambahnya, Aqil memintanya untuk masak pada hari tersebut. Semasa Aqil rebah, mereka terus membawanya ke hospital berdekatan meskipun mereka sudah merasai Aqil bakal pergi meninggalkan mereka semua.

Aqil dah tak ada

Sepanjang perjalanan, Aqil dipercayai sudah menghembus nafas terakhirnya. Apabila tiba di hospital, kesemua petugas hospital cuba memberi bantuan pernafasan buatnya namun, tidak berjaya. Meskipun sukar untuk menerima berita sedih itu dalam waktu yang singkat, Asilah memberitahu dia dan keluarga reda dengan ketentuan Tuhan.

Ramai kawan dia datang

Di akhir posting tersebut, Asilah turut memberitahu bahawa dia terharu dan bersyukur apabila keluarganya menerima kunjungan daripada ramai kawan-kawan Aqil. Tambahnya juga, tahun ini merupakan tahun yang meninggalkan kesedihan buat dirinya dan keluarga kerana kehilangan Aqil.

Sumber: Asilah Amanina 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×