berita

‘Tiba-Tiba Sesak Nafas’ – Sakit Dari Usia 2 Tahun, Kisah Sayu Adik Ammar Undang Sebak

November 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi ujian yang terpaksa ditanggung keluarga ini apabila anak sulung, Mohd Ammar Dhani disahkan menghidap kanser darah. Menerusi perkongsian di Facebook, Natipah Abu selaku NGO menjelaskan dengan lebih lanjut keadaan terkini Mohd Ammar yang memerlukan mesin bantuan oksigen bernilai RM3880.

Sering demam masa umur 2 tahun

“Bagaimanapun, penyakit ini bertambah teruk dan mencapai peringkat di mana tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkannya. Ibu-bapa dan penjaga telah sedia maklum penyakit ini akan membawa kepada kematian. Ibu bapa telah menyatakan hasrat untuk pesakit meninggal dunia di rumah. Sekiranya ini terjadi, kami berharap agar surat ini dapat menerangkan situasi pesakit dan keluarga ini dan mempermudahkan mereka mendapatkan sijil kematian dan permit pengkebumian.”

Setiap ibu bapa yang pernah menerima surat ini dan pernah berada di situasi ini tentu lebih mengerti perasaan kedua ibu bapa Ammar. Betapa sedih dan hancur luluhnya hati, hanya Allah saja yang tahu. Menggeletar seluruh tubuh, nafas seakan terhenti seketika tatkala keduanya menerima perkhabaran ini.

Ammar merupakan anak sulung dari empat beradik dan satu-satunya anak lelaki. Tiga lagi adik perempuan Ammar, berusia 3 tahun, 2 tahun dan 7 bulan. Ayah Ammar bekerja di sebuah kilang, ibu pula hanya surirumah.

Menurut Natipah Abu, perjalanan sedih Ammar bermula pada tahun 2016 di mana pada ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Ammar didapati sering demam. Walaupun sudah diberi ubat, dia hanya sembuh buat beberapa hari sahaja.

Ibu bapa Ammar kemudian merujuk ke hospital daerah terdekat dan sebelum dipindahkan ke hospital besar untuk rawatan lanjut.

8 bulan tinggal di wad

Sekadar gambar hiasan

Dua minggu di hospital besar Ammar dibenarkan pulang. Tetapi seminggu kemudian, Ammar terpaksa dikejarkan ke hospital lagi kerana demamnya semakin teruk dan dimasukkan ke PICU. Di situlah biopsi dilakukan dan keputusan akhirnya mengesahkan Ammar menghidap leukemia. 8 bulan lamanya Ammar tinggal di wad dan menjalani rawatan kemeoterapi.

2017 Ammar kembali sihat seperti sediakala. Panas yang diharapkan sampai ke petang itu rupanya tidaklah berpanjangan. 2018 setelah genap setahun Ammar sihat, sekali lagi Ammar terpaksa dikejarkan ke wad kerana tiba-tiba tubuhnya menggeletar. Keadaan ini berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda. Tubuh Ammar seakan bergoncang. Biopsi dilakukan buat kali kedua. Khabar sedih menerpa lagi, Ammar disahkan relapse, kansernya kembali berulang.

Selepas rawatan lanjut, Ammar akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Namun, sehari kemudian sawan tiba-tiba menyerang dan dia terpaksa dihantar ke HKL.

Alhamdulillah mereka selamat tiba di HKL. Seminggu di PICU, Ammar dihantar pulang ke wad di hospital besar kampung halamannya. Setelah keadaan kesihatan Ammar mengizinkan, Ammar pun menjalani kemeoterapi buat kali yang kedua. Alhamdulilah selepas itu Ammar kembali stabil semula.

Doktor mencadangkan pemindahan tulang sum-sum dilakukan untuk menyelamatkan keadaan namun setelah pemeriksaan dilakukan, sel kesemua ahli keluarga tidak sepadan dan tidak boleh menjadi penderma.

Sel kanser dah merebak ke seluruh tubuh

Sekadar gambar hiasan

Pihak hospital sedaya upaya mencari penderma luar yang berdaftar dengan hospital. Penderma berdaftar pertama apabila dihubungi berkata belum bersedia untuk menjalani pemindahan. Manakala pendaftar kedua tidak dapat dihubungi kerana berpindah rumah dan bertukar nombor telefon.

Dengan itu berderailah segala harapan dan kedua ibu dan ayah Ammar terpaksa menerima dengan redha. 9 Nov lalu tiba-tiba Ammar diserang sesak nafas. Serangan secara tiba-tiba ini memang mengejutkan keluarga. Ammar dikejarkan ke hospital.

Pemeriksaan doktor mendapati sel kanser telah merebak ke seluruh tubuh Ammar tanpa dapat dikawal lagi. Saluran pernafasan Ammar semakin sempit, paru-parunya sudah rosak. Ada kelenjar tumbuh juga menyebabkan dadanya bengkak. Ammar tidak boleh bernafas secara normal lagi. Pendengaran Ammar mula terganggu kerana sel kanser juga sudah merebak ke otaknya. Dari segi saintifik dan teknologi perubatan, tiada lagi apa-apa kaedah untuk merawat Ammar.

Seakan mengerti keadaan kesihatan yang semakin merosot, Ammar tidak mahu tinggal di hospital lagi. Pihak hospital hanya akan membenarkan Ammar ke rumah jika ada mesin bantuan oksigen. Kos untuk sebuah mesin bantuan oksigen adalah sebanyak RM3800. Oleh itu, dia menyeru sumbangan orang ramai untuk mengurangkan penderitaan yang terpaksa ditempuhi adik Ammar. Sumbangan boleh dibuat ke akaun Natipah Abu MAYBANK 552107617521.

Sumber: Natipah Abu

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×