berita

‘Tidak Benar Ahmad Zahid Lantik Sebagai Pengerusi MQ Tech Selepas Jadi TPM’ – Nurulhidayah

December 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah kembali menjadi bualan ramai selepas keluar berita mengenai pelantikan sebagai Pengerusi baharu MQ Technology Bhd (MQ Tech) yang berkuat kuasa 5 Disember 2022.

Tidak benar!

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nurulhidayah menafikan sekeras-kerasnya ayahnya campur tangan dalam urusan pelantikan sebagai Pengerusi MQ Tech.

Perkara tersebut disahkan peguam Nurulhidayah, Tetuan Abu Talib Shahrom menerusi satu kenyataan, semalam.

Kami telah dimaklumkan oleh anak guam kami tentang wujudnya berita yang tular mengenai pelantikan anak guam kami sebagai Pengerusi bagi syarikat MQ Technology Bhd (MQ Tech) sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, MQ Tech adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2004 dan pelantikan sera pembabitan anak guam kami di dalam MQ Tech adalah sejak Jun 2022.

Oleh itu, berita yang tular bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melantik anak guam kami sebagai Pengerusi MQ Tech setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah tidak benar dan dibuat dengan niat jahat kerana Kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam MQ Tech.

Bagi masa tiga hari

Dalam pada itu, Nurulhidayah menyatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan berita yang tidak sahih.

Kami dengan ini menegaskan bahawa anak guam kami telah mengenal pasti beberapa ‘posting’ media sosial serta individu-individu yang terlibat di dalam memuat naik berita palsu di atas.

Oleh yang demikian, anak guam kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika “posting-posting” tersebut tidak ditarik balik oleh pihak-pihak yang terlibat dalam masa tiga (3) hari dari notis ini.

Sebelum ini, Nurulhidayah ada memuat naik tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan sebuah blog memuat naik berita dengan ‘headline’, ‘Zahid lantik anak, menantu dalam syarikat senarai awam selepas jadi TPM.’

Sumber: Instagram @nurul.zahid

SKIP THIS AD ×