Pempengaruh, Abdul Qawiy Abd Rashit atau dikenali Qawiy yang terkenal dengan video ‘tebuk’ mengaji di jalanan menafikan dakwaan dia terlibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang viral di media sosial.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Diterjah Sambung Bacaan Ayat Quran Sewaktu Penggambaran, Netizen Puji Merdu -‘Alhamdulillah, Cantik Bacaan’
Tidak benar & fitnah
Menurut Qawiy, dakwaan yang viral itu tidak benar sama sekali dan fitnah. Tambah Qawiy, pada mulanya dia enggan memberi sebarang komen mahupun kenyataan mengenai isu yang berbangkit. Namun, bagi mengelak timbul salah faham dan fitnah, dia terpanggil untuk memberi penjelasan.
Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di laman sosial tentang Qawiy. Ye sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di laman sosial adalah tidak benar & dan fitnah.
Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, terima kasih.
Sejeka beberapa hari lalu, tular di platform X laporan polis seorang individu yang menyatakan Qawiy memintanya melakukan perkara tidak senonoh ketika berhubung menerusi panggilan video selain menghantar mesej berbaur lucah dan melakukan cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.
Bukan setakat itu, seorang pengguna platform X menerusi ciapannya turut menulis surat terbuka kepada Qawiy dengan mendakwa menerima kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan yang mahu memfailkan saman terhadapnya dipercayai kerana terasa dengan satu kenyataan dikeluarkannya.
Pengguna platform X itu turut mendakwa dimaki hamun oleh golongan digelarkannya pentaksub Qawiy dan menuntut pempengaruh berkenaan melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.
Sumber: Qawiy