berita

‘Tidak Boleh Beri Sebarang Komen’ – Terpalit Isu Curang, Aman Ra Mohon Diberi Ruang

February 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam, isu kecurangan seorang penyanyi rap terkenal di Malaysia telah menjadi bualan hangat netizen. Isu ini mula tercetus selepas seorang wanita yang dipercayai merupakan isteri penyanyi rap ini tampil mendakwa suaminya berlaku curang.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Dah Lafaz Cerai Empat Kali’ – Isteri Dakwa Penyanyi Rap Popular Curang

Terbaru, wakil penyanyi rap Aman Ra telah membuka mulut menjawab berhubung dakwaan tersebut.

Minta beri ruang

Difahamkan, wanita yang dikatakan merupakan isteri Aman Ra telah memuatnaik beberapa status di Instastory mendakwa bahawa rumah tangganya telah retak sejak mengetahui suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain. Meskipun begitu, isteri kepada penyanyi rap ini tidak mendedahkan identiti wanita terbabit. Malah, Aman Ra juga tidak memberi apa-apa kenyataan balas mengenai dakwaan tersebut.

Susulan daripada itu, Harian Metro melaporkan, wakil pegawai perhubungan Aman Ra iaitu Joe Saiful memaklumkan bahawa penyanyi itu masih belum dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Malah dia juga meminta orang ramai supaya memberikannya ruang memandangkan ini adalah satu isu besar melibatkan hal peribadinya.

Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.

Difahamkan, Aman Ra dikatakan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×