berita

Tidak Cukup Bukti, 3 Wanita Disyaki Conteng Mural Pemimpin Negara Bebas Tuduhan

September 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, dua orang individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng mural pemimpin negara. Melalui video rakaman CCTV, individu tersebut dilihat berhenti di bahu jalan sebelum berjalan ke arah mural.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakaman CCTV Tunjuk Dua Wanita Conteng Mural Agong, Pemimpin Negara

Terbaru, pihak polis telah mengesahkan tiga wanita warga tempatan yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut telah dibebaskan kerana tiada bukti yang menyatakan mereka bersalah.

Tidak mempunyai bukti yang kukuh

Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam kes itu, tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu. Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kes itu, kami akan terus berusaha lagi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, pihak polis tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menahan ketiga-tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kes tersebut. Tambah beliau, mereka akan bekerjasama dengan Bukit Aman untuk mencari individu yang menconteng mural tersebut.

Nampak kelibat dua individu

Terdahulu, lukisan mural yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat. Pada masa yang sama, rakaman video berdurasi 2:20 saat yang memaparkan kelibat dua individu berjaya dirakam menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek kelihatan memberhentikan kereta di bahu jalan berhampiran mural tersebut sebelum melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu. Individu tersebut telah menggunakan spray untuk menconteng lukisan mural berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×