berita

Tidak Dikurniakan Anak, Isteri Sakit & Dijangka Hidup Tak Lama- Kisah Menyentuh Hati Pemandu Grab

November 24th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kisah ini telah dikongsi oleh salah seorang penumpang perkhidmatan Grab, dimana dia ditakdirkan untuk bertemu seorang lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Nama lelaki itu ialah Kuah Eng Poh, dimana dia sanggup berhenti kerja demi beri komitmen untuk menjaga isterinya yang sakit. Semoga kisah ini dapat beri pengajaran untuk orang ramai.

Isteri sakit jantung, ingin jaga isteri hingga akhir hayat

Semunya bermula apabila saya bertanya kepada Kuang Eng, mengapa ada sticker Orang Kurang Upaya (OKU) pada keretanya.

Dia berkata ia kerana isterinya. Kadang-kadang Isterinya akan menggunakan kereta. Isterinya menghidap sakit jantung dan dia tidak boleh berjalan serta mempunyai masalah di bahagian pinggang. Ini kisahnya;

Saya mula mengenali isteri pada umur 26 tahun. Dia sangat cantik dan langsing pada ketika itu. Tapi bila dia masuk 27 tahun, dia didapati menghidap masalah jantung. Doktor memberitahu bahawa peluang untuk isteri hidup hanya tinggal setahun atau 2 tahun paling maksimum. Paling mengejutkan isteri berjaya teruskan hidup sehingga 20 tahun! Awak tahu kenapa? Sebab saya beritahu pembohongan paling besar kepada isteri, iaitu- dia hanya sakit biasa dan kurang cergas. Saya tidak ingin menganggu fikirannya, jadi saya meminta doktor itu berkongsi segala berita mengenai kesihatan isteri kepada saya, hanya saya sahaja.

Saya akui situasi itu amat melecehkan. Tambahan lagi, ramai kawan tanya kenapa saya masih setia bersama isteri. Kenapa perlu membebankan diri? Lalu saya menjawab, sanggupkah anda tinggalkan orang yang anda sayang? Bagaimana saya ingin lakukannya? Saya tidak mencintainya hanya kerana dia cantik. Saya jatuh cinta dengan kebaikan yang ada pada dirinya.

3 tahun lepas saya hampir kehilangan isteri, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan pekerjaan sebagai pemandu Grab. Supaya saya dapat masa kerja yang lebih fleksibel serta lebih masa untuk menjaga isteri saya. Kini dia sangat gembira dan keadaannya juga baik. Kami tak berpeluang untuk mendapat anak, tapi tidak mengapa. Tanggungjawab saya adalah untuk menjaganya.

Kisah Uncle Kuah Eng ternyata memberi pengajaran kepada semua. Sanggup berkorban demi orang tersayang dan cinta bukan lah terletak kepada paras rupa dan harta. Kami harap supaya uncle Kep dikurniakan kekuatan serta kesihatan isterinya akan bertambah baik.

Sumber: Twitter

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×