berita

Tidak Ke Hospital Selepas ‘Terberanak’ Di Rumah, Ibu Alami Kesukaran Daftar Anak Di JPN?

February 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

(gambar sekadar hiasan)

Di Facebook, seorang aktivis terkenal, Syed Azmi kongsi pengalaman seorang ibu hamil yang tidak sempat ke hospital untuk bersalin dan akhirnya bersalin di rumah dengan bantuan suami. Namun yang menjadi masalah apabila anaknya tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) sehingga ke hari ini.

Susah daftar anak JPN sebab beranak sendiri

(gambar sekadar hiasan)

Menurut wanita ini, dia hadapi kesulitan untuk mendaftarkan sijil kelahiran anaknya memandangkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan pengesahan bersalin daripada pihak hospital.

Saya ada baca komen tuan tentang pendaftaran kelahiran anak. Saya bersalin di rumah ada saksi adik dan suami. Selepas bersalin, kami tidak ke mana-mana hospital sebab pada ketika itu, tiada keperluan bagi saya. Saya sihat fizikal, tiada tumpah darah, baby alhamdulillah sihat.

Tali pusat dipotong oleh suami saya. Kami ke balai polis untuk membuat laporan. Kami booking online temujanji di JPN minggu lepas. Tarikh temujanji lewat disebabkan slot terhad semasa PKP.

Wanita ini kemudian ke klinik swasta namun doktor tidak memberikan surat pengesahan tersebut memandangkan sudah melebihi tempoh seminggu selepas bersalin.

Kami ke JPN sekali lagi memaklumkan perkara tersebut. Tapi pihak JPN tetap menyuruh kami dapatkan surat doktor dari hospital kerajaan. Kami ke hospital kerajaan, dan jawapan sama diterima. Tiada surat dapat dikeluarkan memandang kan saya bersalin di rumah.

Dia turut memaklukan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) mengenai perkara ini sekali lagi namun mereka tetap berkeras untuk dapatkan surat dari hospital kerajaan.

Mungkin sudah merancang dari awal

Jadi apa tindakan saya perlu ambil untuk daftar kelahiran anak saya ni tuan. Pihak JPN dan hospital masing-masing menolak saya ke sana ke mari. Saya sedar kesilapan saya tidak ke hospital dengan segera, tapi takkan tiada jalan lain untuk daftarkan kelahiran anak saya yg mana saya dan suami dua dua warganegara.

Tambah wanita ini lagi, ini merupakan anak keduanya dan ada buku pemeriksaan temu janji namun di klinik swasta. Malah laporan polis serta akuan sumpah juga turut disertakan sekali. Namun, sehingga sekarang anaknya masih tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

Di ruangan komen, kebanyakan merasakan tidak adil untuk menyalahkan pihak klinik kerajaan kerana ini merupakan prosedur biasa yang sepatutnya dilalui oleh ibu hamil. Rata-rata mendakwa ibu bapa ini tersebut dilihat sengaja merancang kelahiran di rumah atas sebab-sebab tertentu.

Saya bukan nak berburuk sangka tapi saya berpendapat, kedua-dua ibu dan bapa bayi ni memang seakan dah merancang untuk bersalin di rumah. Sebab nak potong tali pusat dan lain-lain proses kelahiran tu, ada banyak prosedur, kena beli clamp, bukan potong pakai gunting kertas tu. Mereka berdua seolah-olah memang elakkan diri untuk berurusan dengan mana-mana pihak kesihatan seperti KKM, doktor dan misi.

Perkongsian dari Syed Azmi membuka mata ramai orang yang mungkin tidak tahu betapa pentingnya untuk mendaftarkan diri mereka ke mana-mana hospital jika ‘terberanak’ di dalam rumah. Pastikan mereka terus merujuk kepada klinik berhampiran jika kemalangan seperti ini berlaku. Akhir sekali jangan panik kerana perkara mudah boleh jadi rumit jika tidak melalui prosedur yang betul.

Sumber :  Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×