Demam Piala Dunia 2018 bakal melanda pada 14 Jun 2018 akan datang. Kebiasaannya sebelum pertandingan bermula, semua pasukan bertanding akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan. Terbaru, pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi dan pasukan Argentina dijadualkan untuk menentang pasukan Israel.
Tetapi pemain dari kelab Catalan, Barcelona itu menolak untuk disenaraikan dalam perlawanan itu atas beberapa sebab. Bila ditanya wartawan apa sebab dia berbuat begitu, ini jawapannya.. Respect lah!
‘Saya menentang keganasan..’- Messi
Menerusi Twitter, beberapa laporan dipercayai berkata bahawa Messi tidak ingin Argentina mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Israel adalah kerana keganasan negara itu terhadap Palestin. Katanya, dia menolak sekeras-kerasnya keganasan dan percaya dunia seharusnya menjadi tempat yang aman.
‘Kami minta agar dia tidak bermain’- Presiden bola sepak Palestin
Sementara itu, Presiden bola sepak Palestin Jibril Rajoub meminta agar Lionel Messi tidak mewakili negaranya untuk menentang pasukan bola sepak Israel. Tambahnya, kapten Argentina itu merupakan ikon bagi generasi masa kini dan juga simbol keamanan.
Rakan pasukan sokong tindakan Messi
Sumber: Twitter