Pelantun suara ‘Gerimis Mengundang’ iaitu Zamani, bersangka baik dan menolak dakwaan beberapa pihak kononnya pentas Gegar Vaganza mempunyai kisah mistik sendiri sehingga ramai yang ‘kecundang’.
Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’
Artikel Berkaitan: Nikki Palikat Menyanyi ‘Bertakhta Di Hati’ Untuk Anak – ‘Dia Adalah Kekuatan Saya’
Saya tiada musuh
Menurut Zamani, dia percaya kesilapan dan kekurangan sewaktu GV musim kelima adalah kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
Bukan tak percaya perkara-perkara mistik ini. Memang wujud tetapi saya fikir, saya ini tiada musuh. Jadi nekad sahajalah untuk teruskan pertandingan. Ketika GV5 pun saya sedang sakit, memang keadaan ada kekurangan.
Tetapi dalam pada masa yang sama, saya harap perkara-perkara mistik seperti yang didakwa itu tidak ada. Saya tak fikir ada mana-mana peserta akan buat begitu. Kami semua ada rezeki dan bakat masing-masing.
Cuma saya doa agar kesihatan semakin baik, diberi kesempatan untuk buat persembahan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Tambah Zamani, dia berharap peminat akan terus memberi sokongan buat dirinya agar bertahan dalam Gegar Vaganza All Stars, tahun ini.
Saya ini manusia, tidak sempurna. Sebelum ini saya berdepan masalah kesihatan, nak berdiri pun tegak pun tak boleh. Tetapi dengan keadaan kesihatan yang lebih daripada 80 peratus kini, saya sudah bersedia.
Komitmen dan disiplin itu sangat penting. Stamina pun kena jaga sebab itu saya kurangkan persembahan dan ada yang saya terpaksa tolak untuk tiga minggu pertama. Saya buat semaksima baik yang termampu.
Cuma saya ini kuat gugup, jadi sebelum persembahan saya kurangkan bercakap dan fokus kepada diri sendiri.
Sekadar info, Zamani mendapat undian tertinggi dalam kalangan enam peserta hotseats.