Umum mengetahui, anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Nak Sombong? Satu Hari Kita Akan Menghadap Allah’ – Azlee Senario
Minta tidak ditidurkan
Memetik laporan Berita Harian, isteri Hamdan iaitu Norhamalini Ahmed berkata, dia terpaksa memujuk suami agar tidak beraksi pada acara Wonderful Night With Senariounion di sebuah hotel di negeri tersebut.
Suami tidak mahu ke hospital, malah, minta tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan persembahan sempena ulang tahun ke-27 kumpulan Senario. Dia mahu bertemu peminat. Dia sangat teruja.
Tiada tanda-tanda sakit. Jadi, kami mohon peminat mendoakan agar suami cepat sembuh. Suami ada penyakit kencing manis. Namun, saya pasti, dia datang ke Johor Bahru tiada masalah kesihatan.
Tambah Norhamalini, selepas makan malam bersama teman-teman Senario, suaminya demam.
Ketika itu, mungkin disebabkan perjalanan jauh. Jadi, suami ambil pil Panadol. Pada jam 12 tengah malam, suami cirit-birit dan berlarutan hingga pagi semalam.
Menurut anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, doktor mengesyaki ayahnya mempunyai masalah kegagalan buah pinggang.
Ketika dibawa ke hospital, pemeriksaan awal mendapati tekanan darah ayah stabil dan diletakkan di zon hijau. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan ayah kritikal dan perlu ditidurkan.
Sumber: Berita Harian