berita

‘Tidak Mahu Tipu Diri Sendiri’ – Isu Buka Tudung, Ini Penjelasan Siti Saerah

September 8th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai. Adik kepada penyanyi negara Dato’ Siti Nurhalize, Siti Saerah kini tidak lagi bertudung. Perkara ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam dengan keputusan yang dibuat.

Tidak mahu mengelirukan orang ramai, Siti Saerah tampil beri penjelasan.

Tidak mahu tipu diri sendiri

Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini.

Dalam masa sama, Kak Siti juga bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru. Jadi saya berterus-terang sahaja

Menerusi Harian Metro, Siti Saerah menjawab persoalan yang sering diajukan kepadanya mengenai imej tidak bertudung. Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi menjadi hipokrit. Keputusannya untuk membuka tudung diambil kira-kira dua tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suami, Saiful Anuar Ahmad Shafie.

Sedia terima kritikan

Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa.

Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri

Dalam pada itu, Saerah kini membuka hatinya untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya selepas 4 tahun menjanda. Menurut Saerah, perkenalannya dengan Mohd. Sharidan, 30, bermula pada 2009. Namun mereka berjumpa kembali kira-kira setahun yang lalu.

Respon netizen

Apa apa pun semoga hubungan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kita doakan yang terbaik untuk Siti Saerah yang bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Hanya Restu.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×