berita

‘Tidak Menunjukkan Tanda Langsung’ – Zul Ariffin Redha Kehilangan Ibu

December 5th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, pelakon Zul Ariffin sangat rapat dengan ibunya, Robiah Nasir. Dia pernah menghadiri beberapa majlis besar dengan ibunya. Awal pagi ini ibu kepada pelakon Zul Ariffin disahkan meninggal dunia.

Berita itu mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya sedih dengan pemergian ibu pelakon tersebut. Turut terkesan adalah kelab peminat mereka sendiri. Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah dari kami.

Saya reda dengan pemergian

“Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

“Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,” 

Menerusi laporan Kosmo, ibu kepada Zul Ariffin, Robiah Nasir dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Allayarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di Sungai Penchala, Damansara kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi.

Kelab peminat turut bersedih

Indeed we belong to Him, and indeed to Him we return.

We just received sad news that The Boss’ mom just passed away this morning. Our deepest condolences to Boss & family. .

We will always remember her as the most positive, energetic and supportive person. She is with Allah now and let’s pray for her. She’ll definitely be in good place.

Alfatehah buat Robiah Bte Nasir.

Kami menerima berita sedih bos kami meninggal pagi tadi. Salam takziah buat keluarga Bos. Kami akan ingat arwah ibunya seorang yang positif. Semoga dia ditempat di kalangan orang beriman. Mari sama sama mendoakannya.

Kelab Peminat Zul Ariffin (ZA.FC) turut memuat naik berita sedih tersebut di akaun Instagram mereka dan kesedihan tersebut turut dikongsi oleh para peminatnya yang rata-rata mengucapkan takziah kepada pelakon tersebut.

Media melaporkan bahawa jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan. Salam Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan seisi keluarga.

Sumber : Kosmo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×