Susulan isu melibatkan beberapa pelawak terpalit dadah, penerbit dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki meminta orang ramai supaya tidak ‘memukul’ rata dengan mengatakan semua pelawak bermasalah.
Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Pernah Dipenjara 8 Bulan Akibat Dadah, Minta Orang Luar Jangan Terus Jatuh Hukum – ‘Tiada Yang Sukarela Ambil’
Artikel Berkaitan: Pelawak Dipenjara Enam Bulan Di Jeddah
Pelawak bermasalah
Afdlin atau nama lengkap Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, dua pelawak yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki barang terlarang tidak menggambarkan sikap keseluruhan pelawak lain.
Dahulunya dadah ini sering dikaitkan dengan penyanyi. Sebenarnya, dadah ini adalah masalah kepada semua lapisan masyarakat, bukan sahaja kepada penyanyi dan pelawak.
Tidak patutlah pukul rata dengan cakap semua pelawak ambil dadah. Ramai sahaja mereka (pelawak) yang kerja keras untuk keluarga mereka tanpa mengambil barang.
Afdlin berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan Unifi TV berjudul Din Tiger yang berlangsung di Hyatt Place, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Jangan hukum melulu
Kongsi pengarah filem Baik Punya Ah Long itu lagi, orang ramai tidak seharusnya melulu menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar.
Justeru, dia menasihati orang ramai supaya mendoakan agar urusan pelawak yang ditahan itu dipermudahkan.
Tidak patut kita yang tak tahu hal sebenar terus melulu menghentam mereka. Saya tidak berkenan apabila terdapat segelintir netizen mengatakan semua pelawak sama (mengambil dadah).
Yang patut kita lalukan adalah mendoakan yang terbaik supaya mereka yang terlibat dapat perbaiki diri dan mendapatkan keadilan yang sebaiknya.
Sementara itu, Afdlin tidak menafikan kes yang terpalit dengan beberapa pelawak tanah air telah memberi kesan buruk kepada anak seni lain sehingga dipandang serong oleh masyarakat.