berita

Tidak Peduli Nasihat Doktor, Gadis Ini Tekad Lakukan Suntikan Bibir Ke-21

October 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap wanita sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai bibir yang cantik dan mungil. Bibir dikatakan sebagai salah satu aset penting dan daya penarik yang digunakan oleh perempuan untuk memikat lelaki.

Di Bulgaria, Eropah seorang pelajar berusia 22 tahun, yang dikenali sebagai Andrea Emilova, sanggup mengabaikan nasihat doktor dan melakukan suntikan bibir kali ke-21.

Suntikan ke-21

Foto: Fr 24 News

Menurut laporan, Andrea baru sahaja melakukan suntikan bibirnya yang terakhir pada dua minggu lepas. Suntikan yang ke-21 ini dipercayai akan mengekalkan bentuk bibirnya dan menjadikannya lebih besar. Suntikan yang diterimanya dikenali sebagai Asid Hyaluronik (HA) yang akan mempercepatkan proses untuk bibirnya menjadi lebih besar.

Pada mulanya, doktor telah menasihatnya supaya tidak melakukan mana-mana suntikan kerana ia sudah berlebihan dan takut akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang. Doktor juga mencadangkan supaya dia membuang semula asid yang terdapat pada bibirnya itu. Tambahan pula, doktor turut menjelaskan bahawa bibirnya terlalu besar, namun dia tetap tegas dengan pendiriannya yang menginginkan bibir yang besar.

Kos rawatan yang tinggi

Foto: Time 24 News

Andrea turut menceritakan bahawa dia mula melakukan suntikan bibir ini sekitar tahun 2018. Setiap sesi yang dilakukan, dia perlu membayar sebanyak 135 Pound (kira-kira RM 722.20) bagi setiap sesi suntikan.

Suntikan yang ke-21 ini telah menelan belanja sebanyak 2,835 Pound (kira-kira RM 15,163.94). Kini, Andrea masih bercita-cita untuk menjadikan bibirnya lebih besar berbanding keadaan sekarang.

Sempat ‘upload’

Foto: Andrea

Andrea juga sempat memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram bagi berkongsi mengenai bibir terbarunya kepada pengikut.

Sumber: Time 24 News Andrea

SKIP THIS AD ×