berita

‘Tidak Perlu Hingga Meragut Nyawa, Cucu Hilang Bapa Sekelip Mata’ – Bapa Mentua

August 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki maut selepas dirempuh di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi. Mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai berselisih faham dengan suspek berusia 40 tahun sebelum pergaduhan berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, bapa mentua mangsa, Mohd Rohzan Ramlee dimaklumkan mengenai kemalangan oleh anak bongsunya yang kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika tiba di lokasi, kereta mangsa hanya kemek di bahagian belakang namun tidak menyangka kecederaan serius sehingga meragut nyawa.

Cedera parah di kepala dan dalaman

Katanya, melihat kepada keadaan kereta Syed Muhammad Danial, dia beranggapan menantu hanya cedera ringan kerana tiada kerosakan ketara.

Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.

Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.

Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya.

Tambahnya lagi, anak bongsu, Zafri yang terlebih dahulu sampai di lokasi kejadian membawa mangsa ke klinik berhampiran namun segera ke Nilai Medical Centre selepas klinik tersebut tutup.

Tidak perlu hingga meragut nyawa

Jika benar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa.

Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.

Mengenai video viral di media sosial, dia mengakui pelbagai spekulasi diterima namun mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.

Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.

Tambahnya, mangsa merupakan seorang anak yang taat. Setiap minggu dia akan membawa anak dan isteri ke rumah ibunya di Shah Alam untuk melawat. Dan mengikut perancangan, tahun ini mereka sepatutnya menyambut Aidiladha di rumah ibunya.

‘Paksu janji akan jaga kamu’

Adik ipar mangsa, Zafri Amir pula berkata, abang iparnya dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi sehinggalah ke hospital. Namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.

Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.

Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.

Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat.

Lapor Harian Metro lagi, isteri mangsa yang tidak mahu ditemubual kelihatan menangis teresak-esak mendukung anak yang baru berusia empat bulan.

Sumber : Harian Metro , Saodah Ismail , Zafri Amier

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×