berita

‘Tidak Perlu Hukum Beliau Dengan Cara Sebegini’ – Pakar Tolak Cadangan Dr Maszlee

December 3rd, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik telah menyatakan hasrat beliau untuk memasukkan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik dalam buku teks Sejarah sebagai sukatan pelajaran.

Artikel berkaitan: 1MDB Bakal Jadi Silibus Subjek Sejarah – Ini Respon Sinis Najib Razak Kepada Dr Maszlee

Namun, menerusi Astro Awani Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tidak bersependapat dengan kenyataan Dr. Maszlee.

Tiada kepentingan sejarah

Sumber imej: Mole.my

Datuk Kok Seong mengatakan bahawa Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.

Tegasnya, perkara itu akan membuatkan para pelajar membenci dan tidak mengenang jasa pemimpin negara.

Walaupun sekiranya pemimpin kita itu didapati bersalah nanti, dia akan mendapat hukuman yang lain .

Jasa beliau tetap ada kepada negara ini, jika kita selitkan 1MDB dalam buku teks sejarah ia hanya akan memperlihatkan keburukan seorang pemimpin, sikap dan syarat ini tidak betul untuk kita sampaikan kepada anak bangsa kita.

Ini bertentangan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyatakan tahun depan di dalam perhimpunan sekolah nak adakan manual kesedaran sivik amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.

Ada lagi perkara penting

Sumber imej: Utusan Online

Ujarnya lagi, selain dibicarakan di mahkamah, ada lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan tentang kes tersebut.

Pertamanya, kes itu masih dibicarakan di mahkamah, ada konsep subjudis yang mana kita tidak boleh bicarakannya apatah lagi masukkan dalam sejarah dan belum selesai serta akan mengambil masa bertahun.

Kedua, saya kira tiada signifikasi sejarah dalam perkembangan Malaysia, jika nak bincang pasal rasuah boleh dibuat di platform lain, bukan dalam buku teks sejarah dan tidak patut masukkan 1MDB sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan.

Beliau mengulas kenyataan Dr Maszlee yang ingin menjadikan isu 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik sebagai sukatan subjek Sejarah di Parlimen.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×