berita

‘Tidak Rancang Nak Tambah Anak Tapi…’ – Arif Jiwa Bakal Jadi Abang

December 9th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon dan menantu kepada Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin kongsi detik terindah bakal mendapat cahaya mata kedua bersama suaminya, Asyraf Khalid. Momen terindah ini telah dikongsi Tya menerusi sebuah video yang telah dimuatnaik di laman Youtube.

Menurut laporan Metro, Asyraf Khalib bersyukur dengan kurniaan ini dan Arif Jiwa bakal bergelar seorang abang tidak lama lagi.

Arif jadi abang!

Tya Ariffin memuatnaik sebuah video di Youtube untuk dikongsi detik ini bersama peminat dan keluarga terdekat. Asyraf Khalid dan Tya berdoa agar dikurniakan seorang anak perempuan selepas yang pertama anak lelaki, Arif Jiwa yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Selepas Arif lahir, kami merancang tak nak tambah anak dulu. Tetapi, selepas dia berusia setahun… kami ubah fikiran. Apatah lagi usia masih muda, jadi kalau nak tambah anak biar pada waktu sekarang.

Alhamdulillah, Allah berikan rezeki ini untuk kami. Setiap hari kami berdoa semoga dikurniakan cahaya mata perempuan. Kalau dapat sepasang, kira lengkap sudah rumah tangga kami. Malah, ia satu rahmat dan nikmat untuk saya.
Kalau rezeki anak perempuan bolehlah kami berehat panjang dulu. Dalam masa sama, isteri boleh fokus kepada kerjaya di sini dan Indonesia.

Awesome news for me

Inilah saat bahagia

Sumber: Metro, Tya Ariffin, Asyraf Khalid