berita

‘Tidak Sihat Sewaktu Di Sekolah’ – 600 Murid Jalani Ujian Saringan Selepas Guru Positif Covid-19

October 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kepala Batas, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, terpaksa ditutup selama lapan hari selepas salah seorang guru disahkan positif Covid-19.

Menerusi laporan Harian Metro, arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai semalam.

Ditutup lapan hari

Menurut Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, langkah penutupan diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Buat masa ini, kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini.

Rata-rata ibu bapa kelihatan agak cemas apabila mendapat tahu berita tersebut menerusi aplikasi Whatsapp. Kesemua pelajar sekolah berkenaan telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Isteri ahli politik

Terdahulu, seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif Covid-19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di hospital di Kedah. Difahamkan guru tersebut merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Lebih kurang 600 murid di sekolah tersbeut diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan masing-masing. Setakat ini, jumlah kumulatif  kes Covid-19 di Pulau Pinang ialah 144 kes.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×