berita

Tidur Beralas Toto Nipis & Sempit – Kehidupan Dhaif Pak Akob Buat Kami Sebak

March 7th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

ohbulan-pakakobBersyukur, satu kata yang seringkali dengan mudah dilupakan oleh kita semua. Namun, biasanya kita baru terpikir kata syukur ketika mendapatkan satu ujian berat yang ‘memaksa’ untuk mengucap kalimah ‘syukur’.

Perkongsian wanita ini di laman Facebook miliknya buat kami semua bersyukur dengan kehidupan sekarang. Bayangkan masih wujud orang dalam kesusahan tahap macam ni. Sebak kami melihat gambar kediaman pakcik akob ini. Sungguh daif..

Kerja kutip biji sawit
akob1

Kalau ko rasa ko susah.. Dia lagi susah.. Nama dia akop.. rumah dia dalam kebun sawit.. Umur 57.. tak pernah kawen, duduk sorg.. Rumah tak ada api air.. ( rumah ke?? Sesuai panggil pondok kalau mcm ni)..

Pondok ni pun atas ikhsan sahabatnya, tolong buat binaan.. kalau dulu? Cuma beratap bumbung, muat2 untuk badan dia, merangkak pun x boleh.. ( refer gambar)

Akop kerja kutip biji sawit.. lepas kutip dia tolak naik basikal untuk di jual..Ko bayangkan time ajura datang rumah dia.. dia tengah duduk atas kerusi ni.. tak berbaju.. nyamuk banyak (kebun sawit kan)..

Rumah tanah sendiri tapi atas geran kongsi

akob2

Tidurnya beralas toto yg nipis, bergelap dan di temani nyamuk.. Allahu.. sedih tgok keadaan dia.. byangkan bapak korg hidup mcm ni..

Jgn di tanya, mana ketua kg, mana adun, mana najib semua.. ajura cuma tolong sebagai manusia.. siapa2 nk hulurkan bantuan, sabar naa.. ajura nk g JKM dgn suami, nk pergi zakat, try la mana yg patut.. dapat buatkan rumah selesa ada air pun cukup la..

Akop bgtau tanah bahagian dia.. tp atas geran kongsi.. mcm susah je nk dapatkan rumah untuk dia.. perancangan ajura.. jika x dapat bantuan rumah.. ajura try kumpul dana sikit2.. dapat rumah yg selesa sikit pun jadi la..

Rumah dalam kebun

akob3

Alamat : Ic tak ada alamat, dah rumah dia dalam kebun.. alamat dia just tulis, Kg bandar, 42700 banting. Kalau nk tgok sendiri keadaan dia.. boleh helow2 ajura, suami ajura atau kwn kami Cik Pais.. kang ajura tunjuk.. ajura pun x tau nk bgtau direction rumah dia kat mana.. ??

Bukan nk jadi hero..jiran ko tido dalam lapar pun, ko berdosa besau.. fikir2kanlahh..Panjangkan..

Keadaan dalam rumah

akob4

Keadaan dalam rumah yang sempit dan tiada api air. Memang sebak. Mana yang berkesempatan untuk melawat dan menghulurkan bantuan boleh terus ke sini. Sama sama lah kita membantu mana yang boleh.

Sumber : Azura Bohari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×