berita

Tidur Di Tepi Bukit Langat Selepas Isteri Meninggal, Warga Emas Hilang Sumber Pendapatan Ketika PKP

June 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki, berkongsi satu kisah sedih mengenai seorang warga emas yang menetap di tepi bukit Langat. Menurut Zaki, warga emas tersebut tidak mahu menyusahkan dua orang anaknya apatah lagi anak tirinya.

Nak tengok siapa duduk di sini

Siapa yang biasa lalu jalan nak ke Hulu Langat dari Ampang mesti tahu dekat mana ni. Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan nak tengok sendiri siapa yang duduk sini. Dah lama sebenarnya aku perasan ada orang yang tinggal dekat sini. Cuma baru hari ni hati aku tak boleh tahan. Tertanya-tanya. Jadi hari ini aku tengok sendiri.

Terkejut melihat ada seorang lelaki warga emas menetap di kawasan tersebut, Zaki menceritakan kepada umum bahawa warga emas berkenaan berasal dari Pahang dan sudah menetap selama 30 tahun di Ampang. Pernah menetap di rumah setinggan di Lembah Jaya Selatan, warga emas ini turut memberitahu bahawa rumah yang didiami tersebut sudah diambil semula oleh anak tirinya selepas si isteri meninggal dunia kira-kira dua tahun yang lalu.

Susulan daripada itu, warga emas ini mengambil keputusan untuk tidur di tepi bukit Langat ini. Ujar warga emas itu lagi, dia gembira tinggal di situ dan tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja termasuk dua orang anak kandungnya.

Semenjak PKP yang dulu, dia terkesan. Sumber duit dia datang dari besi-besi buruk, barang-barang terpakai. Tapi itulah, PKP ni masa ada kedai besi buruk yang buka. Susah la nak dapat duit.

Saya cuba bantu

InsyaAllah pak cik, saya akan bantu sementara saya ada ni. Lepas ni bab makan jangan risau. Dekat sejam lebih sembang dengan pak cik ni. Banyak benda nak kongsi tapi tak tahu nak kongsi macam mana. Sedih, sebak semua ada.

Terbaru, Zaki memberitahu waris kepada warga emas ini sudah menghubunginya. Tambahnya, waris warga emas ini tidak mempunyai sebarang masalah dengannya dan mereka baik-baik sahaja. Masyarakat di luar sana juga dinasihatkan supaya tidak memandang serong terhadap keluarga warga emas tersebut.

Sumber: Zaki

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×