berita

‘Tidur Peluk Baju Bapa..’ – Anak Allahyarham Mohd Rizal Kerap Menangis, Cari Kelibat Bapa

October 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah merempuh dua buah kereta sehingga menyebabkan seorang individu meninggal dunia.

Kehilangan Allahyarham Mohd. Rizal Buseri memberikan satu kejutan hebat buat keluarga terutamanya isteri dan anak-anak.

Anak-anak kerap menangis

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, anak sulung Allahyarham iaitu Nur Amani Raudah yang berusia tahun dikatakan kerap menangis kerana terlalu merindui si bapa sehingga sanggup memeluk baju bapanya ketika tidur.

Menceritakan kisah itu, ibu saudara Allahyarham iaitu Nor Farhana Amir memberitahu bukan Amani sahaja yang merindui Allahyarham, tetapi adik-adiknya juga seakan mencari kelibat bapa mereka yang tidak kelihatan di rumah sejak malam kelmarin.

Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani). Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya.

Nasib mereka perlu dibela

Tambah Farhana lagi, mereka sekeluarga menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.

Nasib tiga anak dan isteri perlu­ dibela.

Mohd Rizal yang juga bekerja sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia telah menghembuskan nafas terakhirnya apabila kereta yang dinaikinya telah dirempuh oleh pemandu tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Nor Farhana dan keluarga berharap agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan kepada si pelaku yang telah merempuh kereta Allahyarham sehingga menyebabkan mereka kehilangan insan tersayang.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×