Pelakon Idzham Ismail bersyukur dipermudahkan urusan menyentuh Kaabah selepas tiga hari mencari peluang berharga itu.
Artikel Berkaitan: ‘Susah Nak Cari Wife Material Macam Makwe Ni’ – Idzham Ismail Jawab ‘Permintaan’ Netizen Nak Jadi Suri Rumah
Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Akui Gagal Didik Isteri Dengan Baik, Nafi Wujud Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Dia Terkhayal Dengan Duniawi’
Rezeki di Mekah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), pemilik nama Muhammed Pak Idzham Ismail berkongsi pengalaman dan usahanya untuk menyentuh Kaabah semasa di Tanah Suci.
Menurut Idzham, impiannya itu dimakbulkan pada hari keempat.
Momen ini saya tunggu tiga hari baru dapat.
Hari pertama dan kedua saya tawaf, Kaabah ditutupi pagar kelilingnya.
Hari ketiga, saya bawa anak tawaf di atas. Saya minta Allah izinkan untuk saya dapat sentuh dan dekat dengan Kaabah.
Hari keempat, selepas pusingan ke tujuh, betul-betul selepas makam dan hijir Ismail, laluan terbuka dan saya hanya masuk tanpa perlu berebut.
Sekali dapat sentuh, terus ramai balik.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu akui ianya merupakan perasaan yang tidak dapat diungkapkan.
Difahamkan, Idzham menunaikan ibadah umrah bersama dua lagi cahaya matanya, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.
Sumber: Instagram @idzham_ismail