(Foto : Kompas)
Seorang pelajar dari Magelang yang berusia 16 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh bomoh dengan yang dikenali sebagai ‘S’ berusia 44 tahun. Pada awalnya, pelajar tersebut ke rumah di Desa Wadasmalang, Jawa Tengah bagi tujuan menggugurkan kandungan, namun sebaliknya menjadi mangsa rogol.
Konon pindah janin
(sekadar gambar hiasan)
Menurut Ketua Polis Kebumen, Kompol Arwans, mangsa melakukan persetubuhan dengan suspek sebanyak tiga kali kerana kononnya itu merupakan upacara pemindahan janin. Tambah polis tersebut, pelajar itu dihantar oleh keluarganya untuk mendapatkan khidmat bomoh handal tersebut bagi menutup malu.
Mereka mendengar upacara pemindahan janin ke rahim wanita lain, sebelum bersetuju menghantarnya ke rumah bomoh itu.
Upacara itu berlangsung selama seminggu dan mangsa diwajibkan tinggal di rumah suspek dalam tempoh itu manakala keluarganya diarahkan pulang ke rumah mereka di Magelang.
Difahamkan pelajar tersebut sudah hamil anak luar nikah selama 5 bulan, lalu ingin menggugurkan kandungan tersebut tanpa diketahui oleh orang sekeliling. Keluarga mereka sanggup mencari bomoh tersebut yang tinggal di kawasan luar bandar kerana katanya tidak ingin merosakkan masa depan anak perempuan mereka yang masih muda.
Mangsa murung dan trauma
(sekadar gambar hiasan)
Menurut mangsa, suspek mula memainkan peranannya menjalankan upacara itu dengan pelbagai jampi sambil mula merogol mangsa pada Sabtu lalu. Untuk meyakinkan mangsa, bomoh tersebut dilihat seolah-olah membaca ayat jampi serapah diikuti dengan lakonan seolah-olah sedang menarik janin dari rahim pelajar itu.
Suspek licik menipu mangsa dengan mendakwa tindakannya itu antara sebahagian daripada upacara itu. Keesokannya, mangsa dirogol lagi dua kali hingga trauma.
Menurutnya, kegiatan haram bomoh berkenaan terbongkar selepas penduduk setempat curiga melihat mangsa murung di depan rumah suspek. Orang kampung melaporkan kes berkenaan kepada polis serta ibu bapa remaja itu selepas mangsa menceritakan apa yang berlaku. Suspek itu berdepan tuduhan di bawah Akta Perlindungan Anak Menjadi Undang-Undang dengan maksimum penjara 15 tahun penjara serta denda maksimum 5 juta rupiah (RM1,425).
Sumber : Kompas