Tiga orang pencuri telah dibelasah dan dibogelkan oleh penduduk Desa Paoh Benua, Indonesia selepas mereka cuba melarikan kabel menara internet.
Artikel Berkaitan: Senang Kerja! Polis Tangkap Perompak Tengah Nenyak Tidur Atas Katil
Dibogelkan oleh penduduk’
Memetik laporan Suara.com, kejadian ini telah dimuat naik oleh seorang individu di Instagram @aksaraloka.idn.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat tiga orang pencuri menjadi sasaran penduduk selepas ditangkap melakukan jenayah di mana ketiga-tiga suspek terbaring separuh bogel dan penduduk cuba mengikatnya.
Ketiga-tiga suspek sebelum ini menyewa sebuah kereta dan juga pemandu. Pada mulanya pemandu itu curiga. Tetapi suspek ini mengaku mereka adalah pegawai Telkomsel.
Rangkaian internet di kawasan tersebut mati dengan secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kecurigaan penduduk.
Ketika itu, rangkaian pembekal tiba-tiba mati. Apabila penduduk memeriksa, tiga suspek sedang mencuri kabel menara. Penduduk segera menangkap, memukul dan melucutkan pakaian tiga pencuri itu.
Sementara itu, kereta yang disewa suspek turut terlibat dalam kejadian amuk penduduk itu sehingga mengakibatkan kereta tersebut rosak di beberapa bahagian.
Sumber: Suara.com