Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama, usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menitipkan ucapan yang sangat istimewa buat isterinya iaitu penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak – ‘Dari Mana Datangnya Dakwaan Itu?’
Artikel Berkaitan: Nama Suami Heliza Helmi Tersenarai Dalam ‘Investor Alert List’?
Genap tiga tahun kahwin
Menurut Mahadi, kehadiran Heliza sebagai isteri adalah tanda kasih Allah kepadanya. Sebagai suami, Mahadi bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan Heliza dan menyifatkan kehadiran penyanyi berkenaan adalah sebagai bidadari dunia untuknya.
Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.
Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya. Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.
Pada masa yang sama, Mahadi turut menitipkan doa buat isteri tercinta. Mahadi berharap ikatan perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.
Menjengah di ruangan komen, Heliza mengucapkan terima kasih buat suaminya kerana menulis ucapan yang sweet.
Sumber: Mahadi