Menamatkan teka-teki, pelakon Siti Saleha selamat mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen tempatan, Joshua Fitton pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Saleha Pakai Veil Tertera Tulisan ‘Bride’, Beri Bayangan Hari Bahagia Sudah Dekat?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Saleha Dedah Sudah Bertunang Dengan Pereka Fesyen, Joshua Fitton
Sah bergelar suami isteri
Perkara itu dikongsikan oleh penata rambut atau ‘hairstylist’ yang menyiapkan aktres berusia 35 tahun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Saleha yang mengenakan busana serba putih dilihat duduk di atas pelamin dan menadah tangan menandakan akad nikah sudah selesai.
Joshua pula, tampan dalam persalinan baju Melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada November tahun lalu, Saleha mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Joshua selepas dua tahun mereka menjalin hubungan istimewa.
Untuk rekod, Salehah atau mesra disapa Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram