berita

Tikam Ibu Kandung Hingga Mati, Pelakon Filem Captain America Ditahan Pihak Polis

January 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Kansas, seorang pelakon wanita yang memegang watak sebagai ‘Stark Girl’ dalam filem Captain America: The First Avenger, Mollie Fitzgerald telah ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, Patricia.

Tikam ibu kandung

Menerusi laporan TMZ, pihak polis telah menerima laporan berhubung dengan ancaman bersenjata yang berlaku di lokasi kejadian sebelum mereka menemui mayat Patricia yang terdapat kesan luka tikaman pada tubuh mangsa.

Menurut sumber, Fitzgerald yang turut berada di lokasi kejadian telah dibawa ke hospital tempatan akibat mengalami kecederaan ringan.

Rakan suspek ada menyatakan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktress itu tidak menunjukkan dirinya dalam keadaan normal kerana pernah membuat tuduhan ‘tidak masuk akal’ terhadap ibu bapanya sendiri.

Ia semua sangat paranoid dan pelik, jadi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Kes masih dalam siasatan

Susulan itu, Mirror UK turut melaporkan suspek kemudian telah menghadirkan diri ke mahkamah pada hari Khamis (2 Januari 2020) dan memberitahu hakim bahawa dia bercadang untuk mewakili dirinya sendiri dalam kes tersebut memandangkan dia mempunyai ijazah undang-undang dari University of Houston.

Menurut sumber, Fitzgerald kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan pada minggu hadapan. Sementara itu, maklumat lanjut masih belum dapat diberikan sepenuhnya memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: TMZ, Mirror UK, The Sun

SKIP THIS AD ×