Seperti semua sedia maklum insiden tiket perlawanan final bola sepak yang tidak cukup berulang lagi. Keadaan ini menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati penyokong Kedah yang pulang tangan kosong selepas jualan tiket habis setelah sejam kaunter dibuka.
Penjelasan Kedah FA mengatakan hanya 10000 keping tiket dijual di kaunter manakala baki 20000 lagi diperuntukkan untuk tempahan berkumpulan ternyata tidak cukup untuk memuaskan hati penyokong. Perkongsian salah seorang penyokong Lang Merah, Zack Rahim mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengannya.
Kesilapan paling besar KFA yang berulang
Zack Rahim mengatakan kesilapan yang dilakukan KFA adalah kesilapan yang kerap kali berulang setiap kali mana-mana pasukan mara ke final. Tambahnya, penyokong setia adalah komponen penting dan jika pasukan gagal menjaga dan menghargai, maka pasukan itu gagal dari segi pengurusannya.
Apa jasa kelab gabungan hingga dapat tiket final?
Zack juga meluahkan rasa skeptikalnya terhadap dakwaan KFA yang akan memberi tiket kepada rombongan 400 bas kelab gabungan di negeri itu. Dia juga tertanya-tanya apakah sebenarnya sumbangan kelab-kelab berkenaan kepada pasukan Kedah sehingga mendapat keistimewaan sebegitu rupa.
Bahkan, tiket untuk exco turut dipersoalkan kerana menurutnya exco tidak memerlukan tiket untuk ke stadium. Sepatutnya terdapat pas VIP untuk golongan itu yang tidak membabitkan peruntukan tiket untuk mereka.
Hargai penyokong, dahulukan mereka dalam penjualan tiket
Sumber: Zack Rahim