Di Indonesia, seorang Tiktoker ditahan polis kerana berkelakuan tidak senonoh demi meraih ramai pengikut.
Buat aksi onani
Menerusi laporan Surabaya Tribunnews, seorang lelaki yang dikenali sebagai Popo Barbie telah melakukan aksi onani terhadap satu patung di Jambi, pada hari Sabtu yang lalu.
Menurut pihak polis, lelaki tersebut sengaja melakukan perkara demikian bagi meraih pengikut. Di samping itu, Popo dipercayai melakukan perbuatan itu kerana faktor ekonomi.
Tambah pihak polis, TikToker yang berusia 27 tahun itu turut menyebarkan video tersebut di aplikasi Whatsapp. Di awal siasatan, Popo mengaku tidak bersalah. Hasil pemeriksaan dan siasatan selanjutnya, pihak polis berjaya menemui telefon bimbit dan patung yang digunakan.
Popo ditahan atas kesalahan menyebarkan bahan pornografi di internet.
Sumber: Surabaya Tribunnews