berita

TikTokers Tak Tahu Malu, Selamba Buat Lawak Lucah Masa ‘Live’?- ‘Muka Tak Berapa Nak Ada, Perangai Biar Elok’

February 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan beberapa individu yang juga merupakan TikTokers membuat sesi siaran langsung atau live sambil melawak berbaur lucah dan ‘double meaning’ telah mendapat kritikan daripada netizen.

TikTokers buat lawak lucah masa live?

Menerusi sedutan video yang dikongsikan semula di Twitter, kelihatan lima orang lelaki bersama seorang wanita sedang membuat live sambil berbual sesama mereka. Mereka kemudian melakukan ‘role play’ yang melibatkan seorang guru wanita dari Thailand bersama lima orang pelajarnya.

Tetapi tindakan kelima-lima lelaki ini yang bergurau sambil menggunakan perkataan yang menjurus ke arah lucah telah menimbulkan rasa kurang senang netizen. Mereka kemudian sengaja membuat babak kononnya alat tulis mereka terjatuh dan meminta guru tersebut mengambil.

Tetapi pada masa yang sama, mereka berlakon seolah sedang memandang sesuatu dari arah atas. Tidak terhenti di situ, mereka berkali-kali menyebut perkataan ‘how much’ kepada wanita terbabit yang membawa maksud isyarat lucah dan perkara seksual. Mereka turut menyebut ‘cup’ yang merujuk kepada saiz pakaian dalam wanita.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan mereka membuat lawak sedemikian. Netizen berpendapat isu sensitif seperti itu tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka lebih-lebih lagi apabila live tersebut ditonton secara umur malah kebanyakan penontonnya adalah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.

Video

Respon netizen

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×