berita

Timang Zuriat Selepas 21 Tahun, Doktor Kongsi Kegigihan Pasangan Ini Setahun Ulang Alik Naik Bas Buat Rawatan!

December 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah pastinya menginginkan untuk memperoleh cahaya mata. Namun, perkara tersebut berada di luar bidang kuasa seorang manusia. Seperti perkongsian seorang doktor di Indonesia, yang dikenali sebagai Dr Bennyarifinmenceritakan satu kisah ‘inspirasi’ di mana satu pasangan yang sabar menanti anak mereka selama hampir 21 tahun.

21 tahun menanti

21 tahun menanti!

Selamat datang Disember 2020. Ia merupakan bulan paling bermakna buat saya. Tuhan sangat baik, begitu baik! Saya sedar kini mengapa saya diizinkan untuk menjadi seorang Pakar Bidan & Kandungan. Saya menjadi saksi kemuliaanNya : bayi Aisyah yang cantik seperti Puan Su’udiyah (44 tahun) dan Encik Somidi (51 tahun). Su’udiyah berjaya mengandung dengan program bayi tabung. Ini adalah kehamilannya yang pertama. Saya kongsikan kisah ini supaya anda semua tidak pernah berputus atas. Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Akhirnya Tuhan menjawab segala ketaatan, kesabaran dan keimanan mereka yang sangat luar biasa. Tak banyak pasangan di luar sana yang sanggup menunggu selama 21 tahun dan memberikan sokongan antara satu sama lain dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Jelas Doktor Bennyarifin, pasangan itu berjaya memperoleh anak sulung mereka melalui kaedah Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji. Perkara tersebut dikongsi kepada orang ramai yang masih belum mempunyai anak untuk tidak berputus asa. Jelasnya lagi, beliau sebelum ini tidak pernah lagi melihat pasangan yang lain yang begitu sabar selama 21 tahun untuk memiliki anak sendiri.

Saksi perjuangan indah mereka

Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang tidak mudah. Mereka tinggal 15 kilometer di luar kota Sumenep, Dusun Pakondong Daya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya. Demi berjumpa dan slot konsultasi mereka sanggup bertolak menaiki bas. Bayangkan berapa rumitnya proses untuk IVF ditambah pula dengan kesibukan mereka berniaga kerepek di Komplek Asta Tinggi. Proses IVF yang dilakukan kepada mereka sama sahaja dilakukan kepada pasangan yang lain. Setelah mendapat embryo, mereka perlu menunggu setahun sebelum ia dipindahkan ke rahim. Setahun ini mereka begitu sabar ulang alik ke hospital menanti ‘cahaya mata’ mereka.

Jelasnya lagi, begitu banyak cabaran yang dihadapi oleh pasangan ini sebelum berjaya memperoleh cahaya mata. Ketika disahkan mengandung, pasangan ini mula menitiskan air mata tanda terharu dan sebak akan anugerah tersebut. Tidak berakhir di situ, Benny turut menceritakan pertemuannya bersama pasangan itu bukannya kebetulan malahan ia telah dirancang oleh Tuhan.

SELAMAT DATANG KE DUNIA BABY AISYAH 01.12.2020

Sumber: Dr Bennyarifin

SKIP THIS AD ×