berita

Timbalan Menteri Kesihatan Mohon Maaf Hadir Jamuan, Hargai Komitmen Polis

April 21st, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bersama Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria, dilihat hadir dalam satu majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak. Tindakan mereka mendapat pelbagai respon daripada orang ramai apabila mereka didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, mereka telah membuat permohonan maaf dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dengan memberi keterangan.

Hargai komitmen polis

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Dr Noor Azmi telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada petang Isnin.

Saya amat menghargai komitmen pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam usaha menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu, jawatan dan sebagainya.

Saya berdoa agar seluruh rakyat Malaysia terus diberikan kesabaran dan tenang menghadapi segala cabaran yang dihadapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Dalam satu kenyataan akhbar, beliau berkata sangat menghargai pengorbanan yang dilakukan barisan hadapan termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kerajaan.

Dalam satu laporan Sinar Harian sebelum ini, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah, Muhammad Rif’aat Razman berkata Datuk Dr Noor Azmi dan pengiring ke pusat tahfiz  menunaikan solat asar dan makan sebentar kerana tidak sempat makan tengah hari. Mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis memberi keterangan berhubung isu yang sedang viral di media sosial.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×