berita

Timbul Dakwaan Ambil ‘Barang’ Sampai Kurus & Cengkung, Ini Respon Mamat Exist

September 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mamat Exists

Penyanyi Mamat Exist memberitahu semangatnya tidak pernah luntur dalam menjalani kehidupan harian meskipun ramai pihak mengaitkan dirinya dengan pengambilan barang terlarang.

Artikel Berkaitan: Mamat Exists Syukur Sudah Mempunyai Cucu Pada Pertengahan Usia 40-an

Artikel Berkaitan: Konsert Reunion Exists Bakal Berjalan Seperti Yang Dirancang Walaupun Mamat Ditahan Polis

Sudah lama tinggal

Menurut Mamat, dia sudah lama meninggalkan gejala tidak sihat itu. Ini kerana, dia mahu mencari kehidupan yang lebih baik dan menenangkan jiwa.

Tambah Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 45, dia tidak terguris hati dengan komen negatif netizen berikutan timbul dakwaan dia berbadan kurus dan cengkung kerana pengambilan ‘barang’ tersebut.

Kesihatan saya baik sahaja, tak adalah teruk sangat. Kadang-kadang sahaja datang sakit, mungkin dalam tiga bulan hanya sekali sakit. Sakit pun yang biasa-biasa sahaja macam demam, bukanlah penyakit misteri.

Itu video lama dan ditularkan sejak sebulan lalu. Ketika itu, saya dalam keadaan tidak bersedia, jadi disebabkan itulah orang lihat saya tak berapa sihat.

Saya juga makan seperti biasa, cuma kadang-kadang tak makan sebab tiada selera. Saya pula duduk seorang, jadi makan memang tak ikut masa, hanya lapar barulah makan.

Ujar Mamat lagi, dia memilih untuk tidak respon setelah membaca komen negatif netizen.

Saya hindarkan semua kata-kata negatif dan memang langsung tak terguris hati. Kalau saya komen, nanti perkara akan jadi lebih besar. Jadi, daripada saya terguris hati lebih baik diam.

Kalau teruk sekalipun saya hanya biarkan sebab kadang-kadang apa yang dikatakan hanyalah andaian. Cerita mengenai saya jarang keluar, tetapi apabila keluar dan ramai komen bukan-bukan, saya jadi tertanya-tanya.

Kenapa perlu cakap perkara seperti itu, sepatutnya berilah sokongan kepada penyanyi seperti saya.Kalau selalu kritik bila lihat seseorang dalam keadaan yang bukan kebiasaan, tak baik juga sebenarnya. Tetapi, kalau hendak marah pun tak guna, saya hanya berkongsi apa yang patut sahaja.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×