berita

Tinggal Anak Atas Motor Masuk Ke Kedai Runcit, Lihat Respon Bapa Ini Apabila Ditegur..

March 11th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Malang tidak berbau. Ibu bapa seharusnya lebih peka dan tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak. Tambahan pula, pelbagai jenayah melibatkan kanak-kanak dilaporkan berlaku dan semakin membimbangkan.

Seperti kisah yang dikongsi individu ini, seorang bapa meninggalkan anak berseorangan lalu masuk ke kedai runcit. Apabila ditegur, ini respon balas yang diterima.

Dia sorang, motor ni tepi sangat

Melihat seorang anak kecil ditinggal seorang diri dalam keadaan bahaya, individu ini bertindak mendekati dan menemani sehingga bapanya selesai urusan.

‘Tahu la aku jaga anak, jaga je anak kau’

Namun, apabila ditegur bapanya memberi alasan hanya singgah sekejap sahaja. Dan dia sendiri tahu bagaimana untuk menjaga anak tanpa perlu campur tangan orang lain.

Meskipun begitu, individu ini tetap mengingatkan si bapa bahawa dalam masa 4 minit apa sahaja boleh berlaku. Dia turut meninggalkan pesanan kepada orang ramai untuk ‘menjaga tepi kain’ jika berlaku kejadian sebegini demi keselamatan kanak-kanak.

Sumber : Intan Huzaifah Haniff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×