berita

Tinggal Anak Berborak Dengan Jiran, Wanita Kongsi Pengalaman Terkena ‘Pengasuh Mental’ 15 Tahun Lalu

October 27th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagi pasangan bekerja, mereka tiada pilihan selain meninggalkan anak kesayangan bersama pengasuh. Selama 8 jam di pejabat, mereka menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pengasuh menjaga anak.

Namun, lain pula jadinya apabila pengasuh dengan ‘selamba’ meninggalkan anak asuhan seorang diri di rumah. Menurut perkongsian Cik Puan Ammy, kisah ini berlaku lebih kurang 15 tahun lalu.

Tinggal sorang-sorang dengan susu

Mesti kalian pernah bekerja kan? Mesti betapa struggle nya kalian untuk tinggalkan anak-anak kalian pada pengasuh lebih-lebih lagi jika anak itu adalah anak pertama. Di sini CPA nak kongsikan pengalaman CPA menghantar anak CPA kepada seorang pengasuh. Semoga ianya menjadi iktibar kepada para pembaca.

Dah pagi, mata tak mahu nak lelap. Tiba-tiba cerita tentang ‘pengasuh mental’ lalu depan wall. Sebenarnya Ammy pun pernah juga la terkena. Nasib baik tak lama dan Allah swt melindungi anak Ammy. Kejadian 15 tahun yang lepas, masih segar bugar dalam ingatan. Anak sulung lelaki Ammy yang baru 1 tahun, hantar pada seorang pengasuh umur dalam lingkungan 40an. Waktu itu anak baru seorang dan kami suami isteri bekerja. Menetap di Melaka. Hampir 6 bulan jugak la makcik tu mengasuh anak Ammy. Sampai satu hari tu, tergerak hati nak ambil anak awal. Suami call Ammy dan minta Ammy minta kebenaran daripada majikan untuk balik awal. Suami jemput kat tempat kerja dan terus kerumah pengasuh. Terkejut Ammy bila melihat anak Ammy masih pakai baju pagi tadi dan pempers penuh dengan najis tinggal bersama anak berumur 8 tahun. Bila ditanya ibunya ke mana dia menjawab.
“Ibu keluar pergi tolong pasang wayar kat rumah jiran…” Anak nya becerita lagi.
” Ibu selalu keluar jam 8 pagi, tinggal adik sorang-sorang dengan susu, kunci grill. Ibu pegi pasang wayar. Kalau saya balik sekolah, saya lah yang jaga adik sampai ibu balik pukul 5 petang. Pastu ibu balik bagi susu dan mandi kan adik. Dah biasa macam tu…”

Pengasuh bosan di rumah, suka melepak

Terkedu Ammy, patut la masa Ammy jemput anak jam 5.30 petang, anak bersih jer, wangi jer. Nasib baik Allah swt jaga anak Ammy. Bila ditanya, makcik tu selamba jer jawab.
” Alaa. Makcik tinggal pun pintu kunci. Selang 1 jam acik balik jengok anak kau bagi makan, bagi susu, elok jer hidup.”

Ammy terdiam, masa tu suami Ammy dah gelisah tahan marah. Makcik tu buat anak Ammy ni macam haiwan. Kurung dan bagi makan. Kemudian tinggal macam tu je. Patut la anak Ammy kadang-kadang ada benjol la kat dahi, tercalar lah kat tangan, jari-jari ada kesan tersepit pintu lah adakalanya sampai tercabut kuku. Bila Ammy tanya, makcik tu kata anak Ammy lasak suka panjat almari. Lari sana lompat sini. Bulat-bulat Ammy percaya.

Ya Allah. Tak dipantau rupanya. Patut la kadang-kadang anak Ammy meragam sakit perut, cirit birit dan kadang-kadang perut ada bunyi seolah-olah masuk angin. Ditinggalnya dengan susu yang mungkin akan basi jika tidak di minum habis. Tak dapat Ammy bayangkan waktu-waktu anak Ammy jatuh tu, mesti dia meraung kesakitan sebab sendirian tiada yang pujuk. Atau waktu jari dia tersepit, macam mana dia lepaskan jarinya, pada umur yang sebegitu kecil. Allahu maafkan mama dan baba sayang.

Suami Ammy tanya kenapa buat macamtu, tinggalkan anak sendirian, tak cukup ke gaji kami bayar sehingga boleh pergi buat kerja luar. Makcik tu cakap cukup dan dia bukan pergi kerja, dia tolong-tolong jer pasang wayar sebab bosan duduk rumah dan dia suka melepak dengan kawan-kawan di rumah jiran-jiran. Apa kalian pikir? Adakah makcik itu normal atau sebaliknya?
#CikPuanAmmyTulis
#GambarAnakYangDiceritakan

Sumber: Cik Puan Ammy via Kami Suri Rumah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×