berita

Tinggal Berdua Dengan Ayah, Ustaz Ebit Lew Ziarah Kanak-Kanak Jual Cendawan. Siap Hadiahkan Telefon Bimbit Baru Lagi!

June 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook menceritakan kisah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang membantu ayahnya menjual cendawan demi kelangsungan hidup mengundang sebak wargamaya.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Ponteng Sekolah Sebab Nak Jual Cendawan, Kisah Kanak-Kanak Darjah 6 Ini Undang Sebak

Terbaru, Ustaz Ebit Lew sempat menziarah kanak-kanak lelaki tersebut dan keluarganya di Masai, Johor.

Sebak ziarah adik 12 tahun

Sebak rasanya ziarah adik 12 tahun yang viral jual cendawan di Masai Johor. Adik ni memang orang Johor. Masih kecil tapi sifat dan akhlaknya baik sangat. Sangat beradab orangnya. Rajin berusaha. Berdiri tegak suka tunduk dan sesekali senyum. Perkataannya lembut je.

Menurut Ustaz Ebit, kanak-kanak tersebut tinggal berdua dengan ayahnya. Ayahnya bekerja sebagai tukang baiki kenderaan. Ujar Ustaz Ebit, kanak-kanak itu memang sengaja mencari duit sendiri dan mempunyai semangat untuk berniaga selepas waktu sekolah dan hari cuti.

Berani jual dari rumah ke rumah dan kadang-kadang di Petrol Pam. Katanya kadang habis kadang tak habis.

Tambah Ustaz Ebit, telefon bimbit kanak-kanak tersebut telah pecah. Oleh itu, dia telah menghadiahkan sebuah telefon baru.

Gembira sangat adik ni. Masa bagi duit pun muka terkejut dan menangis. Terkesan bila adik ni pulang semula duit yang saya bagi masa dalam kereta. Katanya banyak sangat ni. Saya kata adik simpan buat sekolah. Bawa beli baju dan kasut. Adik ni suka warna biru. Ziarah rumahnya. Ayahnya ada buat kerja repair sikit-sikit kereta orang dirumahnya. Ayahnya dah 60an. Sampai rumah ayahnya peluk saya. Terima kasih ustaz ziarah anak saya ni. Gembira dapat jumpa. Beri sedikit hadiah buat ayahnya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×