Isu penyewa meninggalkan rumah yang disewa dalam keadaan teruk sebelum melarikan diri bukan satu perkara yang baharu di negara kita. Bahkan, terdapat kes di mana tuan rumah terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi akibat rumah yang disewakan tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, rumah tersebut ditinggalkan dengan keadaaan yang kotor dipenuhi dengan sampah sarap.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Kurang Ajar Punya Penyewa!
Artikel Berkaitan: ‘Muka Cantik, Ayu Tapi Pengotor!’ – Pelajar Kongsi ‘Housemate’ Beri ‘Hadiah’ Sebelum Berpindah
Terbaru, seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Intan, turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan situasi seumpama ini. Dah orang bagi sewa, boleh pulak tinggal macam tu memang tak patut!
Sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab
Menerusi beberapa video tersebut, menunjukkan keadaan rumah sewa itu yang tidak dijaga dengan rapi oleh penyewa tersebut. Bahkan apa yang lebih mengejutkan, apabila rumah tersebut ditinggalkan begitu sahaja tanpa dikunci di bahagian pintu depan.
Tidak berakhir di situ, sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab itu juga lari tanpa membayar wang tunggakan air yang hampir mencecah RM250 dan apa yang lebih mengejutkan apabila bil elektrik mencecah RM3.4k. Menerusi ruangan ruang tamu pula, dipenuhi dengan bekas contengan, dan suis utama telah rosak seolah-olah seperti telah diketuk.
Apa yang lebih meloyakan lagi, apabila kawasan dapur yang penuh dengan sampah sarap ditambah pula dengan najis binatang perosak yang penuh di lantai. Difahamkan kejadian tersebut terjadi di Kota Tinggi, Johor, dan rumah tersebut telah dihuni oleh mereka yang telah berkeluarga.
Keadaan rumah yang kotor
@ayintanxNak tahu keadaan rumah bila disewa belike ?##fyp?? bunyi asal – ayintanx
@ayintanxBalas kepada @emanwhuutt kalau berminat untuk part 3 sila kolej??##fyp?##memberipengajaranbaginaksewarumahorang!##rasasedardiri!? bunyi asal – ayintanx
@ayintanxBalas kepada @rslxdingtf argh cannot lah ,sedih lah macam ni l?harap video ni bagi sedar dekat orang yang sewa yang tidak bertanggungjawab ?##fyp??? bunyi asal – ayintanx
@ayintanxBalas kepada @aimy_20104 satu pengajaran ya???saya tak niat nak bukak aib?berminat part ke 5 sila komen okey##fyp?? bunyi asal – ayintanx
@ayintanxBalas kepada @piscesboy_e ##fyp?##rasasedardiri? bunyi asal – ayintanx
Confirm pengotor
Sumber: Intan