berita

Tinggalkan Keluarga Lari Ikut Lelaki Lain, Wanita Pilu Anak Tak Maafkan..Pandang Muka Pun Tak Nak!

September 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, ikatan kekeluargaan sangat penting dalam sesebuah keluarga bagi memastikan kehidupan yang harmoni dan bahagia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hilang Sejak Usia 20 Tahun, Penemuan Ayah & Anak Selepas Terpisah Hampir 5 Dekad Undang Sebak

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang anak dilihat bersikap dingin dengan ibu kandungnya meskipun mereka sudah lama tidak bertemu.

Ditinggal ibu kandung sejak kecil

Menerusi perkongsian di TikTok Julian Martino, memaparkan seorang wanita datang menemui anak kandungnya di sebuah rumah. Lebih menyedihkan apabila melihat reaksi pemuda terbabit yang nampak dingin dan langsung tidak memandang wajah ibunya.

Tidak terhenti di situ, si anak juga seakan mengelak dan menolak saat cuba dipegang si ibu. Rupa-rupanya, di sebalik sikap tersebut ada kisah yang dipendam pemuda itu.

Jangan nak dekati, melihat wajah ibu pun dia tak mahu.

Menurut sumber, pemuda itu kecewa dan terkilan kerana ibu kandungnya dikatakan meninggalkan mereka sekeluarga demi mengikuti lelaki lain. Pemuda itu dibesarkan oleh si bapa sendirian sehinggalah lelaki itu mengahwini seorang wanita yang dapat menggantikan sosok si ibu.

Meskipun hanyalah sebagai ‘pengganti’ ibu, tetapi pemuda itu dilihat lebih akrab dan selesa dengan ibu tirinya berbanding ibu kandung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati melihat ibu kandung pemuda terbabit tetapi dalam masa yang sama tidak menyalahkan pemuda terbabit kerana mereka faham akan perasaan anak yang pernah ditinggalkan dan diabaikan dengan insan yang bergelar ibu.

Sumber: Julian Martino

SKIP THIS AD ×