berita

Tingkatkan Kesihatan Mental & Fizikal Korang Dengan Aktiviti Ini. Confirm Korang Enjoy!

October 5th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Dekat luar sesak? Ramai yang dah keluar beriadah? Itu perkara biasa… Kita kan sedang menhuju kearah endemik dan bukan lagi pendemik. Kalau korang masih risau nak keluar, why not sebarkan aura positif sambil tingkatkan kesihatan mental dan fizikal kita dengan beberapa aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan hanya dari rumah.

Tak perlu keluarkan duit pun. Cuma korang kena luangkan sedikit masa dan konsisten menjalankannya. Nanti korang sendiri boleh rasa perbezaannya. Berikut kami nak kongsi senarai aktiviti best yang korang boleh untuk memperbaiki kesihatan diri secara keseluruhan.

Meditasi 2-3 kali seminggu!

Bermeditasi adalah antara aktiviti yang korang boleh lakukan dirumah untuk membantu tubuh badan korang relaks. Meditasi sangat baik untuk hilangkan tekanan secara mental dan fizikal. Melalui meditasi korang akan belajar untuk mengawal pernafasan, fikiran dan tubuh korang. Hasilnya, korang akan lebih bijak mengawal emosi dan aura positif dalam tubuh dapat dibangkitkan.

Bagi korang yang tak pernah atau tak tahu macam mana nak mula bermeditasi, why not cuba guna aplikasi meditasi sedia ada yang ada seperti Calm. Aplikasi ni akan bantu dan guide korang untuk melakukan meditasi dengan cara yang betul.

Senaman 20 Minit- 3 kali Seminggu!

Selain bermeditasi, menggerakkan tubuh dengan aktif juga sangat baik untuk meghilangkan rasa lesu pada tubuh. Tubuh badan yang digerakkan secara aktif membantu melancarkan pergerakan darah.

Disamping itu, bersenam membantu otak untuk lebih peka dan dalam masa yang sama menghasilkan hormon serotonin dan norepinefrin yang mampu melegekan rasa murung, letih dan lesu pada tubuh kita.

Bukan itu sahaja, melakukan senaman juga boleh membantu korang untuk melatih otot tubuh menjadi lebih kuat. Ianya aktiviti yang membantu membakar lemak dan kalori. Makin kerap korang bersenam, makin mudah korang nak hilangkan berat badan yang  berlebihan tu.

Namun begitu, korang kena jaga diet pemakanan korang. Bersenam memang baik tetapi tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting pada kesihatan tubuh badan manusia.

Main game dengan rakan dan keluarga!

Ha, selepas dah bermeditasi dan bersenam, luangkan la sedikit masa untuk have fun dengan diri sendiri, rakan dan keluarga. Main game adalah antara aktiviti yang best korang boleh buat ketika musim PKP ni. Walau cuma duduk rumah, korang tak berseorangan tau.

Kalau keluarga duduk jauh, korang ajak la diorang semua main permainan dalam talian. kita ada banyak kot game online macam kahoot, Teka, Apa Saya, PUBG dan macam-macam lagi la.

Bagi yang tinggal bersama keluarga, ajak la adik, kakak, mak dan ayah korang main PS5 korang tu. Tak kan main sorang-sorang kot? Tak syok la. Kalau takde PS5, takpe… main je board game, layan jugak tau. Bukan apa, bila bermain dan have fun tubuh kita akan jadi lebih tenang. Emosi pun jadi stabil dan mood kita automatik akan jadi lebih baik. Tak dak la kita nak moody dan stress seharian. Hubungan keluarga pun jadi lebih erat. 

Nikmati konsert dalam talian sambil pekena teh hijau yang nyaman!

Dari semua aktiviti diatas, yang ni mesti ramai suka. Kan? Baik mengaku. Tubuh badan dan otak perlukan hiburan. Takkan nak buat aktiviti fizikal je kan? Tak syok jugak macam tu. Kadang-kadang kita perlu juga berseronok, layan konsert dalam talian, dengar lagu yang dinyanyikan sambil minum secawan teh.

Kena pulak teh hijau BOH. Memang layan la! Tidak hanya kaya dengan antioksidan yang boleh mencegah penyakit kencing manis jenis 2 (1), teh hijau juga boleh membantu untuk detox tubuh badan kita ni. Maka, tak hairanlah dengan minum teh hijau secara berterusan korang boleh hilangkan berat badan, bau mulut dan fikiran korang pun akan jadi lebih fokus(2).

Lagipun, Polyphenols yang ada dalam teh hijau dikatakan boleh membantu mencegah penyakit kanser (3). Bukan biasa-biasa khasiat teh hijau ni, EGCG  yang ada dalam teh hijau juga boleh membantu menguatkan tubuh untuk melawan jangkitan virus(4). Hebatkan?

BOH ada dua variasi teh hijau yang korang boleh cuba iaitu BOH Pure Green Tea dan BOH Jasmine Green Tea. Keduanya-duanya baik korang amalkan sebagai diet pemakanan harian.

Tonton konsert Online & Menangi hadiah eksklusif BOH x Hael dan Dayang

Buat para peminat Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, korang jangan lupa untuk sama-sama menonton konsert istimewa mereka secara virtual BOH di Instagram @bohteamalaysia pada 16 Oktober nanti. Sambil-sambil menonton tu pekena pulak secawan teh hijau, pergh memang terangkat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan konsert ini, korang klik je link Instagram dan Facebook di bawah.

Facebook: https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia/posts/10158458843948202

Instagram: https://www.instagram.com/p/CUWxDWNhsgw/?hl=en

Korang juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif BOH x Hael dan Dayang dengan hanya beberapa langkah mudah. Korang follow je semua step dibawah. Siapa tahu korang adalah pemenang yang dicari.

1. Ciptakan resipi minuman anda sendiri menggunakan BOH Pure Green Tea ataupun Jasmine Green Tea dan namakannya sempena lagu-lagu Hael Husaini.

2. Kongsikan video/foto resipi korang di bahagian komen Facebook post dan Instgram post yang dinyatakan dibawah. Kemudian tag 3 kawan korang.

Facebook: https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia/posts/10158463832048202

Instagram: https://www.instagram.com/p/CUecQ3jpJKx/?hl=en

3. Gunakan hashtag #WellnessBersamasama dan #BOHxHael

4. ‘Like’ profil BOH di Facebook/ Ikut BOH di Instagram

5. Pastikan profil korang adalah umum.

**Tertakluk pada terma & syarat
**Peraduan sah sehingga 10 Oktober

Selamat menonton and all the best!

Rujukan:

1. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/10942912.2016.1220393

2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2855614/

3. https://www.healthline.com/nutrition/tea-for-diabetics#best-teas

4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7796401/

SKIP THIS AD ×