Para ibu ni, dari hari pertama dapat tahu mereka hamil sehinggalah anak dah pandai berjalan dan seterusnya, mereka akan sentiasa cari tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh demi mahukan yang terbaik untuk kesayangan. Paling penting, sebagai seorang ibu mestilah nak anak-anak membesar dengan sihat dan kekal aktif kan?
Terbaharu, program bual bicara ‘Borak Mak-Mak‘ yang dibawakan khas oleh Simillac Intelli Pro, dikendalikan oleh pengacara berpengalaman Fiza Saad pada 4 episod pertama dan juga pelakon terkenal Amyra Rosli bagi episod yang seterusnya. Ia bakal bersua dengan para penonton semua di TV3 selama 10 episod.
Ha…ada pelbagai info dan tips yang akan dikupas buat para ibu dan bakal ibu di luar sana tau!
Memaparkan topik-topik yang menarik!
Selama 10 episod yang bakal ditayangkan, program ini akan memaparkan topik tersendiri yang bakal disentuh oleh pakar kesihatan, artis dan juga influencer, dimana para ibu dan bapa semua perlu ambil tahu serta praktikkan demi perkembangan minda anak-anak. Antaranya adalah:
Topik general
- Episod 1: Smart Mind, Smart Heart
- Episod 2: Pengurusan Masa: Children vs Career
- Episod 3: Nutrition Story
- Episod 4: Aspirational Kid’s Moment
- Episod 5: Kepentingan Nutrisi Terhadap Perkembangan Anak.
- Episod 6: Kepentingan Peranan Seorang Bapa
Topik Ramadan
- Episod 7: Puasa untuk Si Cilik
- Episod 8: Hidupkan Ramadhan Bersama Keluarga
Topik Raya
- Episod 9: Aktiviti Raya bersama anak-anak dengan Norma Baharu
- Episod 10: Karenah Pagi Raya
Nampak menarik je topik bagi setiap episod tu kan! Kalau korang nak tahu, salah satu tujuan program ini juga adalah untuk memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk para ibu dalam berusaha memastikan minda dan IQ anak kekal cerdas dan semangat meskipun dalam keadaan norma baharu.
Dibawakan khas oleh Similac Intelli Pro!
Mesti ramai yang tertanya, pemakanan atau makanan tambahan penting atau tak bagi anak-anak yang sedang membesar? Jawapannya ya! Ini kerana kesedaran terhadap kepentingan nutrisi amat penting terhadap perkembangan mereka. Jadi, sebab tulah program ini dibawakan khas oleh Similac Intelli Pro!
Ia merupakan susu rumusan kanak-kanak yang mengandungi adunan Minyak Sayuran Unik (UVOB) yang diperkaya dengan bahan semulajadi seperti minyak bunga matahari oleic tinggi, minyak kacang soya dan minyak kelapa.
Banyak juga kelebihan yang terdapat dalam susu Similac Intelli Pro ni. Antaranya, ia akan memberikan penyerapan nutrisi yang optimum bagi menyerap nutrisi utama seperti DHA, Lemak, Vitamin A, Kalsium, Omega 3 dan 6. Memang nutrien ni semua penting untuk perkembangan kognitif dan pembesaran kanak-kanak!
Jangan lupa untuk tonton program ini!
Jadi, kalau korang nak tau lebih lagi mengenai kebaikan susu Similac Intelli Pro serta tips, info dan perkongsian menarik, jangan lupa untuk saksikan program bual bicara ‘Borak Mak-Mak’ di WHI setiap hari Khamis, jam 12 tengahari di TV3.
Selain itu, jangan lupa tau untuk sertai peraduan #MamaSemangat dan menangi stok Similac® Intelli-Pro® PERCUMA untuk setahun!