berita

Tips Nyahbeku Stok Frozen Dari Peti Ais, Elak Bakteria Berkumpul & Keracunan Makanan

June 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: New Food Magazine

Sedar tak sedar, ramai di antara kita menggunakan teknik yang salah ketika nyahbeku (defrost) stok makanan basah yang disimpan di dalam peti ais. Teknik salah yang digunakan secara tidak langsung boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan mengakibatkan seseorang itu mengalami keracunan makanan.

Ramai yang salah teknik

Foto: Mashed

Seperti perkongsian Public Health Malaysia menerusi satu infografik di laman Facebook, tampil berkongsi cara-cara yang betul untuk nyahbeku stok makanan basah yang dikeluarkan dari peti sejuk.

  1. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk.
  2. Rendam dalam air pili bersih.
  3. Guna fungsi defrost ketuhar gelombang mikro
  4. Guna periuk tekanan tinggi.

Pada masa yang sama, keadah seumpama ini perlu dielakkan dan setiap individu perlu mengubah tabiat lama yang dipraktikkan untuk keselamatan bersama.

  1. Letak untuk cair di luar seharian.
  2. Rendam dalam air panas.
  3. Masak dalam slow cooker.

Jadi lepas ini, korang kena ubah cara yang lama dan boleh gunakan cara yang disarankan oleh Public Health Malaysia demi kebaikan bersama.

Infografik penuh

Sumber: Public Health Malaysia

SKIP THIS AD ×