berita

Tips Penjagaan Kulit Muka Sebelum Tidur

November 3rd, 2021 | by Iman
Kecantikan

Kredit foto: Orami

Rahsia kecantikan untuk sentiasa kelihatan cantik dan segar bermula daripada penjagaan kulit muka sebelum tidur, dan ramai yang mengambil ringan tentangnya.

Padahal penjagaan kulit pada waktu malam sangat penting kerana malam adalah waktu yang paling sesui bagi kulit regenarasi kulit iaitu proses penggantian kulit sel kulit mati dengan sel kulit baru.

Nak cantik kena berusaha lebih sikit kan? Mungkin dengan beberapa cara simple penjagaan kulit pada waktu malam ini dapat membantu.

Double cleanse

Kredit foto: Aniemohamed

Walau penat sekalipun rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur muka telah dicuci sebersih yang mungkin, jangan lupa untuk menggunakan teknik double cleanse. 

Teknik ini dapat memastikan kulit muka bebas dari segala sisa kotoran dan paling penting make up, jika tidak proses regenarasi sel kulit akan terbantut dan ini akan menyebabkan jerawat muncul di wajah.

Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly untuk lebih senang hilangkan make up dan juga kotoran yang lain.

Krim pelembab malam

Kredit foto: Allure

Krim pelembab muka pun ramai yang abaikan, kerana ada teksturnya yang melekit dan menyebabkan pemakai tidak selesa.

Tujuan memakai krim pelembab pada waktu malam adalah untuk merawat dan melembabkan kulit yang mudah kering apabila tidur di dalam bilik yang berhawa dingin.

Percaya atau tidak dengan memakai krim pelembab sebelum tidur mampu menghalang bintik-bintik hitam dan dapat mengelakkan proses penuaan berlaku.

Minum segelas air lemon

Kredit foto: Klikdokter

Selain minum segelas air masak setiap kali hendak tidur, kali ini cuba tukar kepada segelas air lemon. Hasilnya pada kulit sangat bagus!

Manfaat air lemon sebelum tidur adalah memberi hidrasi kepada tubuh badan dan membersihkan kulit ketika tidur. Kulit juga akan lebih lembut, anjal dan berseri-seri jika diamalkan sentiasa.

Selain membantu mempercepatkan metabolisma dan memberi tenaga, ianya juga sangat membantu dalam tujuan detoks tubuh badan.

Guna sarung bantal satin

Kredit foto: Spy

Menukar sarung bantal dan cadar katil sekerap yang mungkin juga menjadi salah satu rahsia kecantikan, terutamanya menukar sarung bantal kepada jenis satin.

Sarung bantal digalakkan untuk tukar sekerap mungkin bagi mengelakkan daripada kuman dan bakteria yang mudah membiak.

Pengunaan sarung bantal jenis satin tidak seperti sarung bantal jenis kapas, dimana jenis satin tidak menyerap minyak dan masih mengekalkan kelembapan kulit ketika tidur.

Tidur yang cukup

Kredit foto: Klikdokter

Tidur yang mencukupi minimum selama 8 jam sememangnya memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Mendapat tidur yang cukup bukan sahaja dapat merehat dan menyegarkan tubuh badan pada keesokan harinya malah segala jenis produk yang dipakai di wajah pada waktu malam juga turut diserap baik dengan lebih efektif.

Sumber: Sinarharian.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×