Mempunyai berat badan yang ideal, merupakan impian setiap individu tidak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan. Bukan sahaja demi tubuh badan yang cantik, BMI yang normal mampu membuatkan kesihatan seseorang menjadi lebih baik.
Di Twitter, doktor kesihatan wanita dan kehamilan iaitu Dr Izzat berkongsi 10 tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam tempoh lima bulan sahaja. Terbaik!
Tips untuk kurus
Menurut Dr Izzat, dia tidak mengambil minuman yang bergula sepanjang tempoh untuk menurunkan berat badan. Tambahnya, dia juga mengamalkan ‘control portion’ iaitu makan nasi dan lauk hanya separuh. Di samping itu, Dr Izzat turut menggantikan menu minum petang seperti kuih muih kepada buah-buahan.
Ubah cara minum petang dan sarapan
Antara tips lain yang diberikan olehnya ialah, seseorang individu perlu makan malam lebih awal dan melakukan senaman mengikut kemampuan diri. Jelasnya lagi, berjalan dan menggunakan tangga merupakan salah satu senaman yang dilakukan olehnya.
Jangan timbang hari-hari
Di akhir thread tersebut, Dr Izzat memberi nasihat agar setiap individu yang ingin menurunkan berat badan tidak perlu menimbang berat mereka setiap hari. Selain itu, pilih pasangan mahupun rakan untuk bersenam yang sentiasa fokus terhadap matlamat yang sama.
Sumber: Dr Muhammad Izzat