Dah nak hujung tahun ni memang banyak majlis perkahwinan yang ada. Kawan sekolah, kawan Universiti, kawan kerja semua lah! Sama ada korang yang pergi majlis tu atau majlis korang yang diorang pergi kan?
Nak kahwin ni kena guna banyak duit, jadi elok kalau sesetengah perkara dibuat under budget. Tak semua perkara under budget ni jadi buruk tau. Korang kena pandai plan je! Ikuti list kat bawah ni untuk mendapatkan gambar pre-wedding yang cantik tapi masih bawah bajet!
Pilih tema yang simple jee
Betul tu, sebagai permulaan korang kenalah pilih tema yang simple. Lagi rumit tema korang, lagi banyak lah duit korang keluar. Kalau korang pilih tema Harry Potter tak ke susah nak cari barang-barang tu kat Malaysia ni?
Pakai baju yang dah ada je, tak payah nak tempah-tempah!
Sama ada korang pilih baju yang dah ada atau pun korang pilih baju yang mudah untuk korang dapat. Kalau boleh tak payah lah nak tempah-tempah baru, kos tau semua tu! Mix and match je kan boleh!
Tempat yang dipilih tak jauh sangat dan dah memang cantik.
Kalau tempat tu memang dah cantik kan senang korang terus je start amik gambar. Tak payah gigih nak decorate-decorate. Buang masa dan juga duit nanti. Photographer korang nak edit pun senang je.
Google awal-awal pose apa nak buat. Kalau boleh kurangkan props!
Jangan sampai situ nanti korang blur pulak nak buat pose apa. Korang google siap-siap atau tengok dekat Instagram ke. Sekurang-kurangnya korang dah boleh bayangkan macam mana keputusan gambar korang nanti. Tak perlu props banyak-banyak. Simple is better tau!
Guna kamera yang helok!
Kalau korang tak ada budget nak hire photographer atau korang ni jenis malu nak pose depan orang yang tak dikenali, korang boleh juga amik gambar sendiri. Lagi mudah kalau korang ada kamera yang mudah untuk dikendalikan!
Pre-wedding atau masa hari persandingan, korang boleh guna kamera Canon EOS M50 ni! Mudah dan cantik weh gambar!
Gambar dan video korang sure meletop dengan kamera Canon EOS M50 ni! Dengan resolusi 4k movie shooting dan prestasi AF yang tinggi dengan 8 DIGIC pemprosesan imej!
Kamera ini juga lengkap dengan elektronik viewfinder yang berdefinasi tinggi, grip yang besar dan juga Layar LCD Vari-angle pada EOS M50 memberi korang ruang untuk mengambil gambar dari berbagai sudut kamera, termasuk sudut rendah pada tanah yang rata.
Korang nakkan video yang cantik dan power? Pun boleh guna Canon EOS M50 ni!
Kalau korang nak tahu, Canon EOS M50 merupakan kamera mirrorless pertama dari Canon yang boleh menghasilkan 4k video! Dimensi dan warnanya cukup cantik!
Terdapat juga fungsi movie shooting HD dimana korang boleh merakam video dalam 4x gerakan lambat (4k time lapse movies)!
Kamera 24.1 megapixel dengan size APS-C image sensor ini menawarkan hasil yang sangat cantik dan berdefinisi tinggi untuk kedua-dua gambar dan juga video! Siap ada silent mode lagi tau untuk shooting, so korang tiada sebarang gangguan bunyi shutter. Ha gitew!
Apa lagi yang ada dekat camera Canon EOS M50 yang power ni? Korang tengok list kat bawah:
-
24.1 megapixel sensor APS-C CMOS (didatangi dengan fungsi Dual Pixel CMOS AF yang telah dinaiktaraf)
-
Imej pemprosesan DIGIC 8, dengan ISO 100 – 25600 (menjangkaui 51200)
-
Menggunakan teknologi OLED EVF 0.39, yang bersamaan dengan sekurang-kurangnya 2.36 juta dot!
-
Mampu merakam dalam resolusi 4K 23.98p / 25p
-
Rakaman menjadi lebih stabil dengan adanya penstabilan imej 5-axis (Combination IS)
-
Ada fungsi pemindahan gambar yang baru- Fungsi transfer automatik terbaru ni buat pemindahan gambar atau video mudah time shooting nanti!
Canon EOS M50 ni memang sesuai sangat untuk orang yang baru berjinak menggunakan kamera. Bukan sahaja korang boleh guna time pre-wedding, tapi time gathering ke, time pergi beriadah, ada majlis apa-apa semua pun boleh guna. Mudah dan yang penting gambar dan video korang cun melecun!
Maklumat lanjut mengenai kamera ni korang boleh klik disini!