berita

Tiru Aksi Kartun ‘Tom & Jerry’, Kanak-Kanak Terjun Tingkat 26 Guna Payung

May 29th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kanak-kanak yang menonton televisyen seharusnya perlu mendapatkan bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga.

Begitulah kisah seorang kanak-kanak lelaki di Hunan, China yang cedera akibat meniru aksi gaya kartun yang dilihatnya di televisyen.

Artikel Berkaitan: Selalu Kena Marah Sebab Main Telefon & Keluar Malam, Remaja Nekad Terjun Dari Bangunan

Artikel Berkaitan: Ibu Menginap Di Hotel, Tinggal Anak OKU Sendirian Sehingga Terjun Apartmen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Detik Cemas Budak 18 Bulan Terjatuh Ke Dalam Longkang Pembetung Sedalam 5 Kaki

Guna payung

Menerusi laporan Mothership, kanak-kanak yang berusia empat tahun itu didakwa menonton kartun ‘Tom And Jerry’ lalu menggunakan sekaki payung untuk terjun dari rumahnya di tingkat 26 sebuah apartment.

Kejadian ketika itu terjadi semasa penjaganya iaitu neneknya yang keluar untuk menjemput kakaknya oleh kerana kesibukan ibu bapa mereka yang bekerja.

Difahamkan, ibunya bertugas di bandar berlainan manakala bapanya tiada di rumah dek kerana tugasan kerja di luar negara.

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak tersebut yang hanya mengalami patah tulang tangan kanan dan sedang dirawat di sebuah hospital di China.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×