berita

Tisu Hidung Bengkak & Terpaksa Dibedah – Ini Sebab Anda Patut Berhenti Merokok.. Seram!

April 7th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_merokok

Merokok bukan sahaja merbahaya kepada si penghisap, malah orang berdekatan yang menghidu asap rokok turut sama berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit. Namun, masih ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini.

Ha kali ini kami nak kongsi pengalaman ngeri lelaki ini apabila tisu dalaman hidungnya membengkak sehingga tidak boleh bernafas. Geli pulak kami tengok. Jangan sampai jadi macam ni baru nak menyesal okay!

Berhentilah merokok

Screen Shot 2017-04-06 at 11.01.15 PM

Screen Shot 2017-04-06 at 11.02.30 PM

Tisu hidung bengkak, tak boleh bernafas

Screen Shot 2017-04-06 at 10.58.00 PM

Assalamualaikum,

Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa menjalani pembedahan memotong tisu hidung supaya saya boleh kembali bernafas. Dipendekkan cerita, beginilah…

Saya telah merokok selama 5 tahun. Saya dah pun berhenti merokok selama 5 tahun sekarang. Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mendapat serangan asma dan keradangan hidung yang menyebabkan saya sukar bernafas. Satu hari, saya kena serangan asma yang sangat teruk. Saya mengambil keputusan berhenti merokok selama-lamanya.

Walaupun dah berhenti merokok, bahagian dalaman saya sudah sakit dan menjadi semakin teruk. Serangan asma juga semakin kerap. Tisu dalaman hidung saya membengkak sehingga saya tidak boleh bernafas, pembedahan terpaksa dilakukan.

Saya tidak perlu mengulas lanjut penderitaan yang dialami. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham bahawa nk berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yg langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dngn merokok.. padan muka lah bila kau jatuh sakit nanti.

“Salvation lies within”

sumber : Adriz Adil Putra

 

 

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×