berita

Tiz Zaqyah Kecewa Didakwa Tak Suka Kanak-Kanak Punca Belum Kahwin

October 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

tiz tak suka budak

Pelakon, Tiz Zaqyah berasa kesal setelah didakwa enggan mendirikan rumah tangga hanya kerana tidak suka kepada kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Bertutur Guna Bahasa Kebangsaan – ‘Malu Orang Semenanjung, Masih Buta’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Rezeki Dapat Melawat Adik Rahman Dekat Muar’ – Tiz Zaqyah

Tiz kecewa

tiz tak suka budak

Tidak berdiam diri, Tiz menerusi ciapan di platform X mendedahkan perkara tersebut selain meluahkan rasa kecewa atas tuduhan berkenaan.

Tiz kenapa tak kahwin? Mesti awak tak suka budak kan?

Penghinaan yang paling teruk saya pernah dengar.

Difahamkan individu tersebut juga usianya sebaya dengan aktres berusia 34 tahun itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meminta pelakon drama Nur itu untuk tidak mempedulikan mulut celupar individu terbabit yang disifatkan tiada adab.

Ada pepatah yang mengatakan mulut orang kita tak boleh tutup, tapi kita boleh tumbuk.

Jangan layan Tiz, sebab otak dia kurang berfungsi untuk fikir benda-benda baik.

Jauhkan diri dari orang macam tu Tiz.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×