Giliran pelakon Tiz Zaqyah pula bersuara meminta pempengaruh Imran Bard untuk memohon maaf secara ikhlas kepada aktres senior, Ellie Suriaty berhubung isu membabitkan mereka berdua.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Selar Netizen Pertahankan ‘Abang Bas’, Kongsi Kisah Rakan Disentuh Pak Cik Sendiri
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Abang Azlee Intern?’ – Tiz Zaqyah Perli Tindakan Rumah Produksi Tawar Bayaran RM500 Sehari
Minta maaf secara ikhlas
Tiz atau nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak, 36, berkata, tindakan Imran memohon maaf sebelum ini dilihat seperti tidak ikhlas dan bukan dengan cara yang betul.
Imran, anda telah menyinggung perasaan seseorang dan cara terbaik adalah meminta maaf dengan cara betul, ikhlas dan beradab.
Saya kurang bersetuju dengan cara awak meminta maaf sebelum ini.
Saya lihat ada mempunyai masa depan yang jauh, tetapi jika begini sikapnya… maaf tiada ubat.
Tiz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Ellie baik hati
Tiz berkata lagi, sepanjang mengenali Ellie, aktres itu sentiasa bersikap positif dan sering memberi semangat kepada orang di sekeliling.
Ellie yang saya kenali, dia seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia bukan orang yang mudah menyayangi dan mempercayai orang lain.
Dia seorang yang mempunyai hati yang baik, sentiasa positif dan memberi kata-kata semangat.
Terdahulu, Ellie atau nama lengkap Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard kerana telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ellie juga menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Sumber: Instagram