berita

TMJ Mahu Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah, Salur Bantuan RM200k Untuk Golongan Asnaf

February 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sering menjadi bualan hangat netizen. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

Artikel Berkaitan : ‘Mereka Pilih Untuk Tak Melihat..’ – Video ‘Mewah’ Jadi Bualan Netizen, Ini Respon TMJ

Terbaru, TMJ memberi sumbangan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) untuk membantu lebih ramai golongan asnaf di Malaysia. Berita itu telah dikongsikan di laman rasmi Facebook milik baginda sebentar tadi.

Harap UEL dapat bantu lebih ramai

Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.

Baginda juga memberi sumbangan kepada usaha kebajikan agar UEL dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya. Akhir sekali, TMJ mendoakan agar UEL dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Taja semua team pergi umrah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ustaz Ebit Lew turut melahirkan rasa syukur dengan sikap mulia TMJ yang membantunya dalam menjalankan misi kemanusian ini. Malah, TMJ turut menaja pasukan UEL ke Umrah secara percuma berserta RM200 ribu sumbangan untuk orang ramai. Rata-rata di ruangan komen memuji sikap TMJ yang berjiwa rakyat dan mendoakan kesejahteraan baginda.

UEL ke istana TMJ

Sumber : HRH Crown Prince of Johor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×